PEMBINA RCMP PERSATUAN TERBAIK

Ipoh,16 Feb –Persatuan Belia Inovatif (PEMBINA) RCMP telah muncul sebagai penerima anugerah kelab terbaik pada malam Majlis Anugerah Siswa 2015 di Hotel Excelsior. Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada Pengerusi PEMBINA RCMP 2014, Saudara Hanafi Khashim  dan Ketua Beliawanis, Saudari Nabila Azahar serta ahli-ahli tanzim yang telah banyak bertungkus-lumus dalam mengharumkan nama PEMBINA RCMP. Majlis yang gilang-gemilang itu adalah di bawah anjuran Student Development & Campus Lifestyle Department (SDCL) dengan kerjasama Jawatankuasa  Perwakilan Mahasiswa (JPM) serta kelab-kelab dan persatuan-persatuan yang berdaftar di RCMP.

11004174_1572687986322730_1316532508_n

Dua orang ahli PEMBINA juga telah berjaya merangkul anugerah yang hebat sewaktu majlis berkenaan iaitu Saudari Imtinaan dan Saudari Husna Dahari. Ini menunjukkan bahawa bukan sahaja kelab PEMBINA RCMP sahaja yang hebat malahan ahli-ahlinya juga tiada tandingannya.

11000968_1572687922989403_839445545_o

Saudari Imtinaan binti Zain Al-Aabideen yang sebelum ini merupakan Ketua Beliawanis PEMBINA RCMP sesi 2013 telah berjaya merangkul sebanyak tiga anugerah iaitu, Anugerah Permata Nilam (sahsiah diri), Anugerah Pasukan Sukan Terbaik (Futsal Wanita) dan juga Anugerah Penghargaan Sukan (ping pong berpasukan). Menurut beliau yang merupakan pelajar tahun akhir Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery (MBBS), ‘Dalam pada kita menambah ilmu di dada, jangan lupa bahawa Islam adalah agama praktikal, yang mana seseorang muslim seharusnya menunjukkan contoh yang paling cemerlang dalam semua aspek kehidupan seperti akhlak, ilmu, komunikasi dan sebagainya. Ini kerana panduan hidup kita adlah Al-Quran dan Al-Sunnah yakni ujukan sempurna diturunkan Allah untuk sekalian alam. Saya percaya, tuntutan 10 sifat seorang muslim yang telah diajarkan oleh As Syahid Hassan Al-Banna merupakan prinsip asa yang perlu dihayati dan dipraktikkan oleh setiap individu muslim supaya menjadi contoh teladan kepada manusia sejagat.’

 

‘Dalam pada kita menambah ilmu di dada, jangan lupa bahawa Islam adalah agama praktikal, yang mana seseorang muslim seharusnya menunjukkan contoh yang paling cemerlang dalam semua aspek kehidupan’

 

Tidak dilupakan juga kepada seorang lagi ahli PEMBINA RCMP iaitu saudari Husna binti Dahari juga berjaya merangkul sebanyak tiga anugerah pada malam ini, Anugerah Permata Zamrud (aktf Sukan Wanita), Anugerah Pasukan Sukan Terbaik (Futsal Wanita), dan Anugerah Penghargaan Sukan (Ping Pong Berpasukan). Beliau yang merupakan pelajar tahun akhir Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery (MBBS) juga menyatakan bahawa merasa sangat bertuah memperolehi anugerah ini dan merasakan bahawa ianya adalah memori yang terinah buat beliau. “Alhamdulillah untuk rezeki mala mini. Anugerah ini pasti akan menjadi memori terindah buat saya sebagai pelajar yang bakal meninggalkan Unikl RCMP tidak lama lagi. Ingin saya tekankan di sini, aspek sukan juga penting bagi memesatikan keberlangsungan tahap kesihatan kita. Seperti mana pepatah Arab ada menyebutkan al’aqlussalim fil jismissalim, akal yang cerdas terletak pada tubuh badan yang cergas. Sihat tubuh badan juga merupakan salah satu daripada muwasaffat tarbiyyah yang wajib ada pada setiap individu muslim. Jadi, ayuh kita menjadi sihat untuk ummah!

11003227_1572687992989396_1678780257_o

Ternyata bahawa aktivis PEMBINA RCMP mampu untuk membuktikan bahawa mereka adalah yang terbaik meskipun sibuk dengan pembelajaran dan juga berprogram. PEMBINA RCMP juga ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada semua yang penerima anugerah pada malam ini. Semoga anugerah yang kita perolehi itu mampu dijadikan sebagai batu loncatan agar kita menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan Negara.

 

Unit Wartawan Biro Media

PEMBINA RCMP

Fiqh Perubatan Menjana Kemaslahatan Ummah

IPOH, 27 September 2014 – Julung-julung kalinya PEMBINA RCMP dan Ibnu Sina Club dengan kerjasama badan NGO, IMedik Ipoh (Ikatan Pengamal Perubatan Dan Kesihatan Muslim Malaysia) dan Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) telah menganjurkan program Fiqh Perubatan 2014 yang bertempat di Multi Purpose Hall UniKL RCMP. Seramai 109 orang peserta yang terdiri daripada program Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS), Ijazah Sarjana Muda Farmasi, Diploma Fisioterapi, Diploma Radiografi dan juga Diploma Farmasi telah menghadirkan diri ke program ini. Selain itu juga, seramai 4 orang peserta adalah dari Penang Medical College (PCM) dan 4 orang bekerja.

Objektif program ini adalah untuk memberikan pendidikan, penjelasan dan kefahaman  kepada para peserta tentang aspek-aspek praktikal dalam fiqh perubatan serta pendedahan berkenaan pandangan Islamik terkini dan kontemporari dalam konsep perubatan dan  isu-isu kesihatan. Dalam masa yang sama untuk mendedahkan para peserta terhadap isu-isu semasa seperti masalah  penzinaan dan penguguran yang berlaku dalam kalangan masyarakat.

Slot pertama program bermula pada pukul 8.30 pagi bersama Dr Fatimah Zaharah binti Rosli. Pada slot pertama ini, lebih ditekankan tentang prinsip-prinsip dan tatacara sebagai pengamal perubatan muslim. Dr Fatimah juga menekankan mengenai  perkara-perkara seperti euthanasia , pengguguran dan perancangan kekeluargaan melalui persektif Islam.

 

k_battah

 

Slot kedua ialah Forum ‘Single Parent and Innocent Child’  yang disampaikan oleh 3 orang panel, Dr Siti Aishah, Dr Noorashikin dan juga Ustaz Zamri. Slot ini dibuat sebanyak 2 kali pusingan. Forum ‘Single Parent and Innocent Child’  lebih menekankan berkenaan masalah masyarakat yang berlaku pada hari ini iaitu penzinaan dan akhirnya membawa kepada pengguguran bayi. Pada forum kali ini, para peserta dibawa untuk memahami tentang tanggungjawab mereka berkaitan masalah pengguguran akibat daripada penzinaan yang berlaku. Pengisian yang mantap daripada para penceramah, diharapkan dapat membuka mata dan minda para peserta mengenai permasalahan ummah yang sedang berlaku.

fiqhperubatan

 

Slot yang terakhir disampaikan oleh Dr Syed Khalid mengenai Hospital Mesra Ibadah. Pada slot terakhir, para peserta didedahkan mengenai cara-cara untuk mendirikan solat ketika sakit.

241877_776142385780854_5139894416493214720_o

 

Para peserta juga diberikan peluang untuk membuat demonstrasi di hadapan pentas. Praktikal yang dijalankan adalah permasalahan yang biasa yang dihadapi oleh pesakit di hospital seperti memakai colostomy beg, nasogastric tube dan balutan di tangan dan kaki. Semoga pengisian daripada slot ini dapat memberikan serba sedikit ilmu pengetahuan mengenai pengendalian solat kepada pesakit. Jadi tidak menjadi satu masalah untuk solat ketika sakit. Program berakhir pada pukul 5.00 petang.

“Semoga apa-apa yang telah dipelajari dalam program ini tidak hanya diketahui oleh diri sendiri tetapi perlulah disebarkan juga kepada masyarakat. Kita bukan hanya seorang doktor yang merawat pesakit tetapi kita juga adalah seorang muslim. Setiap perkara itu perlukan kepada JIHAD.”

 

 

Nur Hidayah binti Rosli

Timbalan Direktor Program Fiqh Perubatan 2014

 

AKTIVIS PEMBINA RCMP MUNCUL PENERIMA ANUGERAH BERPRESTIJ MALAM ANUGERAH SISWA 2014

DSC_0015

IPOH, 7 Feb- Aktivis PEMBINA RCMP muncul sebagai penerima anugerah berprestij pada malam Majlis Anugerah Siswa 2014 di Royal College Medicine Perak (RCMP). Majlis yang gilang-gemilang itu adalah di bawah anjuran Student Development & Campus Lifestyle Department (SDCL) dengan kerjasama Jawatankuasa Perwakilan Mahasiswa (JPM) serta kelab-kelab dan persatuan-persatuan yang berdaftar di RCMP.

Anugerah Tokoh Mahasisiwi Unggul telah dirangkul oleh aktivis PEMBINA Pelajar Tahun Dua Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery (MBBS), Atina Shahida Binti Adnan. Beliau merupakan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dari bidang akademik, malah aktif dalam penglibatan kelab di RCMP sendiri seperti PEMBINA dan Persatuan Pelajar Perubatan (MedSoc). Dalam temubual bersama tokoh ini, beliau berkata, “Dalam mengejar cita-cita duniawi, kita tidak seharusnya melupakan goal kita yang sebenar dan tertinggi iaitu risalah dakwah islamiyah itu sendiri. Kedua-dua kejayaan itu haruslah selari untuk membentuk peribadi muslim yang berjaya duniawi dan ukhrawinya”. Beliau amat bersyukur di atas anugerah ini dan tidak sangka akan dinobatkan sebagai penerima anugerah unggul itu.

Antara anugerah yang menjadi kebanggaan PEMBINA RCMP juga adalah Arafah Binti Mahfar, pelajar Diploma Radiography yang meraih Anugerah Tokoh Sukarelawan. Beliau juga merupakan aktivis PEMBINA yang menunjukkan penglibatan yang tinggi dalam aktiviti kesukarelawan yang dianjurkan di bawah PEMBINA RCMP sendiri, dalam dan luar universiti. Jelas dalam ucapannya pada unit wartawan Biro Media Pembina RCMP, “ Saya mengucapkan terima kasih kepada Pembina RCMP dan pihak universiti yang telah memberi peluang kepada saya untuk terlibat dalam kerja-kerja amal dakwah dan sukarelawan. Pembina RCMP telah banyak mengajar saya untuk menjadi aktivisme muslim yang berani menonjolkan diri untuk berkhidmat pada masyarakat.”

Majlis ini juga memberi pengiktirafan  dalam sukan. Anugerah Pasukan Cemerlang (SUKAN) telah dimenangi oleh Pasukan Bola Jaring. Pasukan ini telah menjadi juara 2 tahun berturut-turut pada Tahun 2012 dan 2013. Pasukan ini juga telah menyumbang pingat EMAS pada kejohanan di Peringkat Universiti dan peringkat tertinggi di luar universiti. Beberapa Aktivis PEMBINA juga merupakan ahli pasukan yang mengungguli anugerah tersebut ialah Nur Zatil Aqmar,Nadzirah Basir dan Fatin Ali. Ternyata aktivis PEMBINA bukan sahaja berjaya dalam bidang akademik tetapi juga bidang sukan.

1084951_10202501941964109_62796695_o
Aktivis-aktivis PEMBINA RCMP di Malam Anugerah Siswa UniKL RCMP 2014

PEMBINA RCMP juga mengucapkan tahniah kepada penerima 6 anugerah terbaik yang lain seperti Anugerah Kelab Cemerlang (Ibnu Sina Kelab), Anugerah  Persatuan Cemerlang (Pharmacy Student Society), Anugerah Tokoh  Keusahawanan (Mohammad Shamirul Afiq Bin Murat), Anugerah Tokoh Alumni (Fasha Murshida), Anugerah Tokoh Mahasiswa Unggul (Muhammad Nazrin Bin Mohd Hamka) dan Anugerah Pengurus Sukan Cemerlang (Encik Tun Hazman Bin Abd. Latif).

Jutaan tahniah diucapkan kepada penerima-penerima anugerah yang mendapat pengiktirafan pada malam Majlis Anugerah Siswa 2014 RCMP. PEMBINA RCMP menyeru semua mahasiswa untuk meneraju semua bidang tidak kira sama ada dari segi akademik, kemasyarakatan atau sukan dan yang paling penting sekali tidak meninggalkan amal dakwah islam sebagai pencetus kejayaan. Seperti dalam firman Allah SWT dalam Surah Muhammad ayat 7 yang bermaksud,

“Wahai- orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” (47:7)

Semoga kita belia sentiasa meneraju arus mahasiswa dan mencontohi tokoh-tokoh yang telah mencipta nama di RCMP.

Unit Wartawan Biro Media

PEMBINA RCMP