Caving-Closer To The Creator

Beauty In The Darkness merupakan satu program lasak yang dianjurkan oleh PEMBINA RCMP yang bertemakan “Caving-Closer To The Creator” program ini menjadikan Gua Tempurung sebagai tempat pilihan di mana berlangsungnya program. Program ini telah disertai oleh 45 orang peserta dari pelbagai bidang bagi tujuan untuk merapatkan jurang antara pelajar yang berlainan program. Program lasak ini dibuat atas inisiatif PEMBINA RCMP untuk  menguji kehebatan dan kekuatan mental dan fizikal para peserta.

Sedikit pengetahuan tentang Gua Tempurung, gua ini merupakan gua batu kapur marmar yang terbesar di Semenanjung Malaysia. Ianya terletak di Gopeng, Perak. Mula dikenal pasti sekitar tahun 1887 berdasarkan catatan Gunong Tempoo Rong pada peta Map of Perak-Malay Peninsula. Namanya diambil sempena bentuknya seperti tempurung kelapa. Panjang gua ini mencapai 1.9 km dan dipercayai telah wujud sejak 8000 SM lagi. Usia batuan di kawasan Gua Tempurung adalah diantara 165-400 juta tahun.

IMG-20150426-WA0002

Antara aktiviti menarik yang telah dilaksanakan sepanjang di Gua Tempurung adalah seperti ‘Caving Tour’, ‘Flying Fox’, dan juga ‘Reflection session-Recharge your iman’.

Program ini dimulakan dengan ‘Caving Tour’ di mana aktiviti ini dilihat sebagai aktiviti utama di Gua Tempurung. Bagi penerokaan gua ini, PEMBINA RCMP telah memilih pakej 3-Top of The World & River Adventure di mana pakej ini memerlukan peserta untuk mendaki 680 anak tangga,menuruni 280 anak tangga,melalui gelongsor batuan yang curam,serta merangkak di  bawah batu kapur untuk melalui sungai di bawah gua. Perjalanan untuk meneroka gua ini mengambil masa selama 2 jam setengah sebelum semua peserta selamat tiba di penghujung gua.

IMG-20150426-WA0126

Sepanjang penerokaan gua ini, para peserta telah disajikan dengan keindahan alam semulajadi di mana terdapat beberapa lukisan semulajadi  yang tercorak di dinding gua kesan dari hakisan batu kapur.Antara lukisan yang jelas dapat dilihat adalah seperti gambar berbentuk haiwan seperti naga, monyet dan buaya dan ada juga gambar yang membentuk rupa manusia. Selain itu, para peserta di lihat sangat teruja apabila melalui satu kawasan dipanggil ‘Wild Tunnel’ di mana kedudukannya adalah di tengah-tengah gua. Di sini berlakunya pertembungan angin dari arah depan dan belakang gua yang berbeza tekanan lalu menghasilkan angin di bahagian tengah gua.

IMG-20150426-WA0008

Selesai sahaja aktiviti meneroka gua, para peserta diberi peluang untuk merehatkan diri sambil medengar pengisian tazkirah yang telah disampaikan oleh Saudara Aidil Idham bin Sharom, Presiden PEMBINA Cawangan Ipoh. Konklusi pengisian dari beliau adalah sebagai seorang manusia perlulah kita merenung balik tugas dan tanggungjawab yang di amanahkan oleh Allah SWT kerana amanah dan tanggungjawab ini adalah tanda kepercayaan yang diberikan olehNya. Alam tidak mampu untuk menanggung amanah ini, namun manusia diberi kemampuan kerana adanya akal untuk berfikir.

IMG-20150426-WA0022

 

IMG-20150426-WA0010

Aktiviti penutup bagi program ini ialah ‘flying fox’ yang bertempat di sekitar kawasan Gua Tempurung. Aktiviti flying fox ini boleh dikatakan agak mencabar bagi mereka yang takut dengan ketinggian (acrophobia). Namun, syabas dan tahniah untuk semua peserta kerana berjaya menyelesaikan aktiviti terakhir ini dengan jayanya.

Kesimpulannya, program ini telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektifnya, untuk mengeratkan ukhwah sesama peserta dan juga sebagai persiapan kepada para peserta untuk mengharungi kesusahan sepanjang bergelar pelajar.

Suryani Hayati,
Biro Aktivisme PEMBINA RCMP

Rekreasi Dalam ‘Futsal For Brothers’

futsal2

 

IPOH, 11 SEPT – ‘Futsal For Brothers’ yang merupakan program pakej rekreasi PEMBINA RCMP telah diadakan sempena Sambutan Pelajar Baru untuk sesi ambilan September buat pelajar perubatan. Bertemakan ‘Fight 4 Gaza’, program ini telah mendapat sambutan yang baik dalam kalangan pelajar-pelajar baru.

Program dimulakan dengan sesi taaruf untuk berkenal-kenalan antara satu sama lain dan kemudian terus dimulakan dengan sesi liga futsal.

futsal1

Liga futsal ini telah dimenangi oleh Kumpulan Redha yang terdiri daripada, Lukman, Luqmanul, Aizat, Afif, dan Khairul. Bendera Palestin telah dihadiahkan kepada kumpulan ini sebagai simbol solidariti umat Islam di Malaysia atas perjuangan Hamas di bumi Gaza, Palestin.

Program bertujuan untuk merapatkan ukhuwah dalam kalangan pelajar UniKL RCMP dan membentuk mukmin yang mempunyai ketahanan fizikal yang mantap.

Program ini telah diadakan di ProSport Futsal Arena, Ipoh Perak, bermula jam 9.30 malam dan berakhir sekitar 11.30 malam.

 

Disediakan oleh,

Ahmad Ariff Azmer Bin Munshi

Wartawan PEMBINA RCMP

RIADHAH MAHASISWI “GET ACTIVATED! ZALZIL AMNA ISRAEL”

IPOH, 6 September – PEMBINA RCMP berjaya menganjurkan program riadhah ‘Get Activated, Zalzil Amna Israel’ yg diadakan di Taman D.R Seenivasagam, khas buat mahasiswi RCMP. Program ini mendapat sambutan hangat dengan penyertaan lebih daripada 65 orang peserta.

 

10616018_765484330179993_2260205865166234354_n (1)

 

Fakta menarik yang dikongsi juruacara riadhah saudari Najah, selain dapat mengeluarkan peluh, aktiviti sukan atau riadhah dapat mengeluarkan hormon ‘endorphin’ yang dihasilkan secara semulajadi dalam badan manusia. Hormon ini akan bertindak sebagai ejen agar tubuh badan sihat dan sentiasa ceria.

Semua peserta dilihat sangat bersungguh-sungguh dan memberikan komitmen yang sangat tinggi dalam setiap aktiviti. Keadaaan ini sangatlah bertepatan dengan objektif serta tema program yang menyeru peserta untuk ‘get activated’ atau teransang untuk bertindak dan siap sedia untuk melakukan apa sahaja demi mencapai cita-cita.

Selain beraktiviti, turut diadakan sesi perkongsian yang disampaikan oleh Cik Farah Pauzee. Tajuk pengisian yang berbunyi “Get Activated: Hamasah dan Syabab” merungkai bagaimana pemuda yang bersifat hamasah dalam dirinya dapat berhijrah kepada Allah dan berubah menjadi insan hebat. Turut diceritakan perihal tentang Gaza dan bagaimana sikap rakyat Gaza dalam mempertahankan tanah air umat Islam.

1607079_765484530179973_2995555400668914459_n

Sudut Gaza juga disediakan bagi membolehkan peserta menandatangani petisyen Gaza, mengetahui isu Gaza, bergambar dengan ‘props’ sokongan kepada Gaza dan rakaman video protes kepada Israel. Program riadhah ditamatkan dengan sorakan sokongan kepada Gaza dan bacaan doa qunut nazilah serta doa rabithah.

 

Pengarah riadhah “Get Activated, Zalzil Amna Israel”,

Hafizah binti Haris.