Rekreasi Dalam ‘Futsal For Brothers’

futsal2

 

IPOH, 11 SEPT – ‘Futsal For Brothers’ yang merupakan program pakej rekreasi PEMBINA RCMP telah diadakan sempena Sambutan Pelajar Baru untuk sesi ambilan September buat pelajar perubatan. Bertemakan ‘Fight 4 Gaza’, program ini telah mendapat sambutan yang baik dalam kalangan pelajar-pelajar baru.

Program dimulakan dengan sesi taaruf untuk berkenal-kenalan antara satu sama lain dan kemudian terus dimulakan dengan sesi liga futsal.

futsal1

Liga futsal ini telah dimenangi oleh Kumpulan Redha yang terdiri daripada, Lukman, Luqmanul, Aizat, Afif, dan Khairul. Bendera Palestin telah dihadiahkan kepada kumpulan ini sebagai simbol solidariti umat Islam di Malaysia atas perjuangan Hamas di bumi Gaza, Palestin.

Program bertujuan untuk merapatkan ukhuwah dalam kalangan pelajar UniKL RCMP dan membentuk mukmin yang mempunyai ketahanan fizikal yang mantap.

Program ini telah diadakan di ProSport Futsal Arena, Ipoh Perak, bermula jam 9.30 malam dan berakhir sekitar 11.30 malam.

 

Disediakan oleh,

Ahmad Ariff Azmer Bin Munshi

Wartawan PEMBINA RCMP

HIMPUNAN SOLIDARITI UMMAH

NILAI, 13 September 2014 – PEMBINA RCMP telah  menyertai Himpunan Solidariti Ummah (HSU) yang julung kali diadakan di Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan. Himpunan ini telah berjaya menghimpunkan seramai lebih 20 ribu rakyat Malaysia dari seluruh negeri bagi menzahirkan solidariti kepada perjuangan rakyat Palestin dan bersama maraikan kemenangan tentera Al-Qassam milik Hamas dalam peperangan baru-baru ini.

Sejumlah 5 buah bas telah disediakan khas bagi membawa peserta dari Ipoh, termasuk sebuah bas yang disediakan oleh pihak UniKL RCMP dan selebihnya daripada pihak Aman Palestin sendiri. Seramai 103 orang peserta UniKL RCMP daripada pelbagai jurusan telah bersama-sama menyertai himpunan ini.

10711195_1498851413706388_570443005_n

Rombongan dari Ipoh selamat sampai pada jam 7 malam. Sejurus selesai bersolat berjemaah bersama peserta himpunan di stadium, Himpunan Solidariti Ummah diteruskan dengan tayangan video Bulan Kemarahan Ummah dan persembahan nasyid daripada kumpulan Fetya. Fetya telah membawakan 2 buah lagu digubah khas untuk himpunan ini bertajuk ‘Kesetiaan Qassam’ dan ‘Kemenangan Gaza’.

Dua orang pelajar USIM turut menyemarakkan lagi semanagt para peserta dengan persembahan penuh semangat. Persembahan sajak juga telah disampaikan oleh duta-duta Aman Palestin iaitu Heliza Helmi, Farrah Adiba dan Maulana.

Himpunan Solidariti Ummah ini cukup istimewa dengan kehadiran wakil daripada Hamas sendiri iaitu Ketua Perhubungan Antarabangsa Hamas, Dr Usamah Hamdan dan Ketua Operasi Aman Palestin Semenanjung Gaza, Ir. Omar Seyam. Mereka telah menyampaikan salam daripada seluruh warga Palestin dan antara ucapan Dr Usamah Hamdan yang diterjemah wakil Aman Palestin ialah:

“Peperangan berdepan rejim Zionis Israel tidak akan berakhir selagi Masjid Al-Aqsa belum dibebaskan. Sambutan kemenangan sebenar akan berlangsung di sana, dan untuk itu barisan pejuang Palestin tidak akan meninggalkan senjata mereka dan akan terus berjuang”

Ir. Omar Seyam pula berkata:

“Walaupun peperangan telah tamat, Gaza masih sangat memerlukan doa dan bantuan yang berterusan dari seluruh umat Islam”

Himpunan ini turut menampilkan kumpulan nasyid Waed Band atau Al-Wa’du dari Lubnan yang cukup terkenal dengan lagu patriotik mengenai perjuangan Palestin.

10603027_1498851513706378_1083019783_n

Kemuncak Himpunan Solidariti Ummah malam itu ialah majlis Pelancaran Tabung Dana Pemulihan dan Pembangunan Gaza (TDPPG) dengan sasaran kutipan RM50 juta  untuk membangunkan semula Gaza yang hancur akibat kekejaman Israel. Majlis itu dirasmikan bekas Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang merupakan Penasihat ‘Bulan Kemarahan Ummah’, Tan Sri Mohd Zaman Khan Rahim Khan.

Himpunan Solidariti Ummah ini merupakan kepada kempen Bulan Kemarahan Ummah anjuran Aman Palestin dengan kolaborasi NGO-NGO Islam yang lain yang telah dirasmikan 10 Ogos lalu di Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur.

Diharapkan agar himpunan dapat memberi kesedaran kepada para peserta supaya kita sebagai umat Islam dapat bersama-sama memberi sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin dan mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin. Nyatakanlah sokongan dan solidariti melalui keupayaan dan kesesuaian kita. Teruskan memboikot produk Israel dan sekutunya dan teruskan menyumbang kepada Palestin.

 

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka)…..”

Surah al-Baqarah: ayat 120

Unit wartawan,

Muhammad Akhyar Azhar.

Flashmob Fight 4 Gaza gegarkan UniKL-RCMP

IPOH, 9 SEPTEMBER-  Flashmob PEMBINA RCMP yang julung-julung kalinya diadakan berjaya menarik perhatian ramai mahasiswa serta kakitangan UniKL RCMP untuk bersama-sama PEMBINA menyatakan solidariti terhadap Palestin.

10631158_862152957130663_1423315334810533721_o

“ Alhamdulillah selain dapat menyedarkan dan menyebarkan kefahaman kepada rakan-rakan di RCMP,  secara tidak langsung saya turut mengingatkan diri sendiri untuk ambil peduli akan isu saudara kita di sana,”

-saudari  Fatin Nabilah Zulkiflee, sukarelawan flashmob-

Program ini berjaya mengumpulkan hampir kesemua pelajar RCMP yang hadir di kampus pada hari tersebut  turut mendapat sokongan dari kakitangan RCMP. Jelas Encik Azizi  (unit HEM UniKL-RCMP) ketika ditemu bual, “Saya menyokong program serta kefahaman yang cuba PEMBINA sematkan di kalangan mahasiswa di sini.” Program yang berlangsung dari 1 tengah hari hingga 1.30 tengah hari tersebut bernaung di bawah Pakej Bakti PEMBINA RCMP, salah satu pakej yang ditawarkan PEMBINA selain daripada Pakej Tarbiyyah, Pakej Riadah, Pakej Media dan Pakej Kepimpinan.

Dua hari selepas berakhirnya program di kampus utama,  PEMBINA RCMP turut mengadakan flashmob  yang sama di Kampus Tasek UniKL RCMP. Seperti kampus utama, ramai di kalangan mahasiswa jurusan sains kesihatan di Kampus Tasek turut hadir menyaksikan flashmob yang berjaya mengumpulkan seramai 32 sukarelawan dari pelbagai jurusan.

10645136_862155900463702_6979824063723923813_n

Secara keseluruhan, program flashmob ini berjaya mencapai objektif untuk menyemat semangat di kalangan mahasiswa, di samping  menyampaikan kesedaran bahawa ini bukan isu kemanusiaan semata-mata, tetapi isu akidah yang patut kita semua titikberatkan.

Rasulullah saw pernah bersabda,

“Barang siapa yang tidak peduli akan nasib saudara muslimnya maka dia bukan daripada golongan mereka.” 

[Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]

 

Ayuh bersama PEMBINA RCMP, bersama kita meneraju arus mahasiswa!

 

Pengarah Flashmob For Gaza,

Nuha Zhafirah binti Mohd Azam