Media dan Dakwah Islamiyah

Ipoh, 18 Jan-  Bertemakan “Media dan Dakwah Islamiyah”, biro media PEMBINA UniKL RCMP berjaya menganjurkan kursus Adobe Photoshop bagi mahasiswa yang punya minat mendalam untuk mengembangkan bakat serta kemahiran diri dalam berkarya melalui media masa.

Bermula sekitar jam 8 pagi hingga 12 tengah hari, kursus yang bertempat di Pejabat Aman Palestin ini telah dikelolakan oleh aktivis PEMBINA RCMP, Ahmad Ariff Azmer Munshi merangkap salah seorang team designer PEMBINA  pusat.

Jelas beliau, media merupakan salah satu medium yang boleh kita labelkan sebagai agen perubah masyarakat, yang ternyata pengaruhnya melebihi medium-medium yang lain. Beliau berpendapat sudah menjadi tanggungjawab umat Islam untuk mempraktikkan fahaman dan menyalurkan bakat yang ada mengikut kaca mata Islam.

“ Terus berusaha meningkatkan potensi dan bakat yang ada serta memanfaatkan medium ini dalam menyampaikan Syahadatul Haq yang satu.”  bicara beliau sebelum menutup majlis.

Para peserta yang baru mendalami atau  ingin berjinak dalam bidang ini juga turut menyampaikan rasa puas hati terhadap  cara penyampaian sepanjang program.

“Penekanan terhadap ilmu asas dalam Adobe Photoshop benar-benar berkesan buat saya yang masih baru dalam bidang ini, “ ujar Khadijah Zulkifly , salah seorang peserta bagi kursus Adobe Photoshop kali ini.

123

Sebelum berakhirnya program, para peserta diberi kesempatan untuk mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam sesi praktikal.

Biro media PEMBINA RCMP percaya bahawa komunikasi dua hala antara pengajar dan peserta seperti ini adalah sangat penting dan perlu dititikberatkan dalam mana-mana program mendatang.

Bersama PEMBINA, kita meneraju arus!

 

Unit Wartawan  Biro Media

PEMBINA RCMP

Hijrah Bukan Omongan Kosong.

6403369431_cd15c06707_b

Pejam celik pejam celik sudah setahun berlalu. Sedar tidak sedar, Tahun Hijrah bakal silih berganti. Namun tahun yang sudah berlalu bukan untuk kita tinggalkan begitu sahaja atau untuk kita terus simpan kemas dalam diari harian kita. Tahun lepas merupakan satu tempoh masa untuk kita bermuhasabah diri, melihat pencapaian diri kita dari segenap aspek, lahiriah mahupun rohaniah. Kata Saidina Ali:

“Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, rugilah orang yang sama keadaannya hari ini dengan semalam dan celakalah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam”.

Segala kekurangan diri kita pada tahun lepas hendaklah dijadikan pengajaran dan iktibar, menjadi batu asas kepada sesuatu yang lebih baik pada tahun ini.

 

“Those who fail to learn the lessons of history are doomed to repeat them.” -George Santayana-

 

Ada apa dengan Hijrah?

Ada apa dengan hijrah? Kenapa perlu hijrah? Tidak bolehkah kita hidup biasa-biasa sahaja tanpa hijrah? Ada pula yang memfokuskan hijrah kepada skop penghijrahan dari satu tempat ke suatu tempat manakala ada pula dalam kalangan kita terutamanya kaum hawa yang mendefinisikan hijrah sebagai daripada tidak menutup aurat kepada bertudung dan seumpamanya. Sebenarnya makna hijrah adalah lebih jauh daripada itu. Ibrah yang ingin dibawa oleh peristiwa akbar dalam kalendar Islam ini sangat memberi kesan kepada diri seseorang yang memahaminya.

“Ambillah ibrah ibrah (pelajaran darinya) wahai bagi orang-orang yang celik mata hatinya (berfikir)” -Al Hasyr ayat 2-

Adakah anda golongan yang berfikir? Yang celik mata hatinya? Jika anda punya mata hati, fahamilah ayat berikut dengan mata hati anda.

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” -Al Baqarah ayat 218-

Hari Maal Hijrah yang disambut setiap 1 Muharram setiap tahun merupakan hari bagi memperingati dan menghayati peristiwa hijrah Rasulullah SAW bersama para sahabat dari Mekah ke Madinah pada 27 Safar tahun ke-

14 kenabian bersamaan 12 atau 13 September tahun 622 Masihi. Inilah erti hijrah daripada sudut sirah Rasulullah SAW yang sepatutnya kita ketahui sebagai umat Rasulullah sendiri.

Kita luaskan pula skop makna hijrah kita secara amnya iaitu suatu perubahan yang berlaku daripada seuatu keadaan kepada suatu keadaan yang lain. Keadaan yang bagaimana? Perubahan seperti yang tertera dalam ayat 218 Surah Baqarah di atas. Perubahan hanya semata-mata untuk Allah SWT dan Rasul-Nya. Bukan perubahan untuk manusia, kebendaan atau selainnya yang langsung tidak membawa apa-apa faedah. Perkara ini diulas lanjut dalam sebuah hadis dalam kumpulan hadis 40 Imam Nawawi:

“Sesungguhnya setiap amalan hanyalah tergantung dengan niat-niatnya dan setiap orang hanya akan mendapatkan apa yang dia niatkan, maka barangsiapa yang hijrahnya kepada Allah dan RasulNya maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya dan barangsiapa yang hijrahnya karena dunia yang hendak dia raih atau karena wanita yang hendak dia nikahi maka hijrahnya kepada apa yang dia hijrah kepadanya”.  – Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Maka kita perlu jelas bahawa perubahan yang terbaik dan dianjur oleh Islam ialah perubahan bermatlamatkan Allah dan Rasul-Nya yang ditunjangi Al-Quran dan Sunnah. Amat rugi mereka yang mengejar matlamat lain yang sementara sedang ganjaran yang kekal menanti di akhirat sana. Percayalah, darjat, harta dan dunia ini hanyalah tempat permainan yang sementara sahaja.

 

Contohi Saidina Umar Al-Khattab.

Umar sebelum memeluk Islam.

Suatu hari sedang Umar berada di sekitar Kaabah, terdengar seorang lelaki mencela beliau kerana beliau mempunyai anak perempuan walhal jika mengikut adat Arab Jahiliyah, anak perempuan akan ditanam hidup-hidup sementara masih bayi. Anak perempuan dianggap membawa sial kepada keluarga takut-takut diperkosa kelak lalu mencemarkan nama keluarga. Pelik bukan?

Akibat terlalu malu dicerca, Umar pun menggali sebuah lubang di tengah-tengah padang pasir di bawah cahaya mentari yang cukup panas. Setelah dijerumuskan puterinya ke dalam lubang tersebut Umar pun mula menimbus tanah ke atasnya. Ketika sedang asyik menimbus lubang itu, puterinya yang kecil itu menahan ayahnya supaya berhenti sebentar kerana ingin membersihkan tanah yang melekat pada janggut ayahnya itu. Umar terus menimbus anaknya tanpa sedikit belas kasihan. Puterinya pasti mengira ini adalah suatu permainan untuk menghiburkan puterinya.

Umar setelah memeluk Islam.

Rasulullah pernah berdoa memohon Allah agar Islam ini diperteguhkan oleh salah satu daripada dua orang yang tersebut iaitu Amru bin Hisyam (Abu Jahal) dan Umar bin Al-Khattab. Siapa sangka Umar yang terkenal dengan penentangannya terhadap Islam akhirnya dilembutkan hatinya untuk menerima Islam dengan bacaan Surah Toha (ayat 1-5) oleh adiknya Fatimah binti Al-Khattab.

Setelah itu, Islam tidak lagi menjadi agama yang bersembunyi. Umat Islam di Mekah sekarang dapat bersolat di hadapan Kaabah dengan adanya dua tokoh Quraisy yang disegani iaitu Saidina Umar (r.a) dan Saidina Hamzah (r.a). Kegagahan dan ketokohan mereka digeruni masyarakat Quraisy Mekah. Hijrah Saidina Umar juga berbeza berbanding sahabat yang lain yang akan berahsia untuk ke Madinah, takut-takut dihalang musyrikin Quraisy. Namun Umar secara terang-terangan mengisytiharkan penghijrahannya ke Madinah kepada kaum musyrikin.

Sewaktu beliau ingin berangkat, Umar menyandang pedang, busur-busur dan panahnya lalu datang ke Ka’bah untuk bertawaf 7 kali. Kemudian beliau bersolat sunat 2 rakaat di Makan Ibrahim. Seusai solat, beliau bersyair :

Siapa yang ingin meninggalkan ibunya sebatang kera?

Siapa yang mahu meyatimkan anak-anaknya tiada berbapa?

Siapa yang sanggup melihat isterinya menjadi janda?

Dipersilakan jemput datang mengahalang saya!

Yang akan berhijrah dari lembah bukit sebelah sana!

Lalu beliau pun berhijrah ke Madinah.

 

Konklusi: Hijrah suatu titik penting kepada yang lebih baik.

Hijrah bukanlah sesuatu yang susah untuk dibuat, hendakkan pula sesuatu yang mustahil untuk dijelmakan. Allah telah mengeluarkan Saidina Umar Al-Khattab dari suatu lembah kejahilan yang amat gelap pekat lalu mengurniakan cahaya yang gilang-gemilang sebagai petunjuk kepada jalan yang sebenarnya. Beliau yang dulunya menentang Islam sekeras-kerasnya kemudiannya menjunjung dan memuliakan Islam sehebat-hebatnya. Hijrahnya daripada kejahilan kepada cahaya telah menguntungkan Islam daripada segenap sudut dan berjaya mengubah landskap dakwah Islam ketika itu.

Selalu kita dengar, pelbagai azam sudah diatur ketika di awal tahun namun tiada penambahbaikkan diperoleh di akhir tahun. Masalah ini timbul kerana sering kita tidak mengotakan azam yang disemat. Firman Allah dalam Surah Sof ayat 2:

‘Wahai orang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu lakukan?

Kalau genggam bara api biarlah sampai menjadi arang. Alang-alang berdakwat biarlah hitam, alang-alang mandi biarlah basah.

Keduanya, azam yang diatur biarlah realistik! Orang jahat tidak akan berubah baik sealim ustaz dalam masa setahun. Pasti perlukan masa yg secukupnya untuk berubah. Perkara ini juga sama dalam konteks pembelajaran dan sebagainya. Ukurlah baju pada badan sendiri. Jika azam tidak realistik maka jika gagal meraihnya ini akan melemahkan kita untuk terus berubah.

Akhir kata, fahamilah erti hijrah daripada neraca Ilahi iatu neraca Al-Quran dan Sunnah. Dengan kefahaman kita pasti dapat berhijrah kepada yang lebih baik dari semalam dengan mudah dan sebaiknya. Ingat, semangat untuk berhijrah itu akan datang dan pergi tetapi kefahaman akan hijrah itu pasti akan membumi. Salam MaaL Hijrah. Assalamualaikum.

 

Rujukan

1)      Al-Quran

2)      Sejarah Rasul Ulul Azmi Terbesar Nabi Muhammad SAW oleh Tarikuddin bin Haji Hassan.

3)      Raheeq Makhtum oleh Syeikh Sufy al-Rahman al-Mubarakfuriyy.

4)      Biografi Agung Rasulullah SAW oleh Rusydi Ramli Al-Jauhari.

 

Muhammad Akhyar bin Azhar,

Risalah dan Kajian 1

Daiegrapher, Pemimpin Ummah!

Sabtu, 2 Oktober 2013-  Daie disinonimkan seerti dengan ‘afradul muslimin’.  Frasa tersebut menyingkap maksud individu- individu muslim yang keterhadapan membawa idea atau fikrah islamiyyah . Fikrah tersebut bersandarkan konsep ‘Islah nafsih,wad`u ghairih’. Konsep ‘Menghijrahkan diri kepada kebaikan, dan mengajak orang lain untuk turut sama berhijrah kearah kebaikan’ adalah pasak untuk  melahirkan masyarakat yang berjiwa hamba dan ‘ ‘izzah’ akan kesempurnaan islam.

Daie itu diibaratkan seperti magnet. Magnet yang mampu menarik orang-orang disekelilingnya untuk turut   sama merasai aura kemuliaan islam. Kuasa magnet penting dalam diri seorang diae . Daie itu juga merupakan  seorang pemimpin.  Untuk memimpin, daie memerlukan pelbagai kemahiran atau Logam kekuatan yang mampu menghasilkan daya tarikan yang  kuat  yang mampu menarik perhatian orang-orang disekelilingnya . Antara logam kekuatan yang perlu diasah sebagai seorang daie adalah kemahiran  dalam mengeksploitasi media  kearah yang lebih ‘islamic’.

Dengan itu, PEMBINA(Persatuan Belia Islam Nasional), Media ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia) dan Pelangi Bonda bekerjasama mengadakan  bengkel khas  photography yang bertempat  di  ISMA Daerah Hulu Langat dan sekitar Putrajaya  dalam mencari pelapis  ‘daiegrapher’. Bengkel ini bertujuan  bagi  mencungkil bakat-bakat para belia terutamanya dan memberi  bimbingan profesional dalam penghasilan gamba-gambar yang berkualiti.

En. ‘Ammar Azhar menginspirasikan Himmah para ‘daiegrapher’  dengan kata-kata beliau yang berbunyi;

‘Mata merupakan kurniaan hebat Allah buat hamba-hambanya. Semestinya melalui kurniaan mata yang hebat ini  adalah bertujuan agar  hamba-hambanya juga mampu melihat ciptaan  hebat dan kebesaran  yang Maha Esa. Sehubungan dengan itu,  menjadi tanggungjawab  sebagai seorang ‘Daiegrapher’ untuk  menterjemahkan kebesaran ilahi melalui gambar- gambar berkualiti yang diambil disamping penghasilan poster- poster islamik yang menarik untuk tatapan masyarakat umum.

 

We, the Leader Of Ummah with Media as one of our leadership skills. For Ummah, we will lead the world!
We, the Leader Of Ummah with Media as one of our leadership skills.
For Ummah, we will lead the world!

 

Daiegrapher tidak seperti photographer biasa  yang hanya menghasilkan gambar-gambar yang menarik tanpa agenda yang kukuh dan berterusan. Daiegrapher a melihat dunia melaui  prespektif yang berbeza melaui kaca mata dakwah dan tarbiyyah. Kerana dakwah dan tarbiyyah itu ibarat nafas dan nadi buat para daie yang dipikul dibahunya ketika susah dan senang.

Mari berhijrah menjadi Pemimpin Ummah bersama PERSATUAN BELIA ISLAM NASIONAL!

Salam Maal Hijrah daripada kami Pemimpin Ummah PEMBINA RCMP.

 

Nur Zulaikha Tusiran,

Daiegrapher PEMBINA RCMP