Himmah 2013: Pidato Kepimpinan Pemuda Teras Kecemerlangan Agama

[youtube id=”MotS_kj0mpw” width=”600″ height=”350″]

Abad ini telah menunjukkan betap kita kehilangan banyak darah. Abad ini juga telah menunjuk dan membuktikan betapa kita kehilangan dan kejatuhan maruah. Dari sekecil masalah sampah hinggalah sebesar masalah rasuah. Tak cukup Yahudi mencakar, kita terus terpinga membiar. Umat dikelar Al-Quran dibakar Islam dicabar Allahuakbar. Agama kini menangis pilu dendang tidak  berlagu mengenang nasib umatnya. Moral umat kini binasa siapa ingin menjawabnya?

Muhammad Aidil Idham bin Sharom

10.06 PM / 11.10.2013 / Jumaat

 

1379925_677829418896227_1518258128_n

HIMMAH 2013 : Pemuda Harapan Ummah !

1374844_306157466189058_1061772617_n

Program Himpunan Mahasiswa atau singkatannya ‘HIMMAH’, bertepatan dengan keadaan mahasiswa mahasiswi masa kini, Persatuan Belia Islam Nasional atau PEMBINA telah mengadakan satu program khas buat mahasiwa mahasiswi IPT Se-Malaysia. Program ini terbuka kepada seluruh penuntut-penuntut IPT mahupun yang sudah bekerja. Kali ini, program HIMMAH membawa satu pendekatan yang bertemakan ‘Aktivisme dan Kepimpinan’ yang memberi satu  titik tambah kepada golongan mahasiswa dan mahasiswi masa kini.

Memetik kata-kata Presiden PEMBINA, Sdr. Ibrahim Mohd Hasan:

“Kita semua adalah pemimpin dan pemimpin perlu mempunyai kesedaran yang tinggi serta yakin bahawa diri mereka adalah pemangkin dalam sesebuah organisasi”

 

995527_599820136746414_2054293293_n

Pembentangan diselang- selikan dengan penyampaian pidato daripada wakil  PEMBINA daripada beberapa cawangan IPT membangkitkan lagi semangat dalam menjiwai objektif HIMMAH. UniKL RCMP turut   menghantar wakil pemidato yang tidak kurang hebatnya. Beliau merupakan Setiausaha Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPM) iaitu sdr. Aidil Idham bin Sharom. Pidato yang bertajuk ‘Kepimpinan Pemuda Teras Pembangunan kecemerlangan Agama’ berjaya membakar semangat kepimpinan yang wujud dalam diri setiap peserta.  Pembentangan pada sebelah pagi  disampaikan oleh sdr. Iqbal Hakim Abdul Razak, JK Latihan dan Kepimpinan PEMBINA serta Dr. Aznan Hasan, YDP Majlis Ulama’ ISMA. Selain itu, pembentangan juga turut disampaikan oleh  Ust. Muhammad Fauzi Asmuni, Naib Presiden 1 ISMA bagi mengupas tajuk ‘Kepentingan Penguasaan Islam dalam Pertembungan Tamadun’. Penyampaiannya mengenai tajuk ketamadunan begitu menarik malah setiap isi-isi disokong padu oleh fakta-fakta sejarah serta kisah-kisah sahabat pada zaman Rasulullah s.a.w yang begitu sesuai dengan keadaan semasa. Malah beliau juga mengetengahkan isu-isu yang seharusnya dicakna oleh para mahasiwa seperti isu tuntutan COMANGO,  RangCORP, Normalisasi serta isu yang masih segar mengenai larangan penggunaan kalimah Allah yang dimuatkan dalam majalah ‘The Herald’-The Weekly Catholic oleh pihak Kristian. Hujah beliau,

“saya merasakan tidak perlu diadakan forum bagi memberi ruang kepada pihak liberalism, Kristian mahupun pihak  syiah sekiranya majoriti pendengar yang hadir adalah dalam kalangan umat Islam. Hal ini akan menambahkan kekeliruan umat Islam dan memberi ruang serta peluang kepada mereka mempengaruhi pemikiran muslim terutama dalam kalangan umat Islam moderate”

Beliau juga mengetengahkan isu NORMALISASI yang jarang kali didengar berbanding isu Liberalisme atau Kristanisasi namun ia adalah serangan pemikiran yang mampu menerombos sesebuah negara secara halus dan berideologi.  Beliau juga menasihati para mahasiswa agar mendalami isu-isu semasa dan sejarah mulai sekarang meskipun ianya agak berat namun begitu besar maknanya bagi mahasiswa khususnya ahli PEMBINA bagi memahami ancaman dalaman mahupun luaran daripada pihak musuh Islam.

 “Umat Islam perlu bangkit dan bersifat proaktif dan responsive bukan sekadar berpeluk tubuh dan bersikap defensive seperti apa yang telah berlaku dalam isu pengunaan kalimah Allah yang lalu”

Teringat pula penulis akan kata-kata Pembentang ke-3 iaitu Dr Aznan Hasan,

“Takwa itu akan kekal apabila seseorang itu takut melakukan perkara yang halal kerana bimbang yang halal itu menjadi haram”

Dimanakah kedudukan kita saat ini? Adakah kita masih menjaga isu hukum ini?  Ujarnya lagi,

“ Dakwah islamiah bukan pragmatis tapi adalah dakwah yang mempunyai prinsip tapi bersifat akomodatif”

Penulis turut tersentuh kerana merasakan penyebaran dakwah masa kini akan rapuh andai kita tidak berpegang kepada prinsip-prinsip yang dapat mengelakkan seseorang Dai’e daripada sekadar menjadi ‘Pak Turut’ dalam kepentingan dakwah mahupun pengurusan kehidupan. Suka untuk penulis berkongsi, tidak akan dapat ilmu seseorang itu tanpa 6 perkara menurut Imam Syafi’e iaitu :

  1. Kebijaksanaan
  2. Ijtihadun
  3. Hirsun
  4. Bekalan
  5. Sughbah
  6. Masa yang Panjang

Elemen-elemen ini bertepatan dengan aspek kehidupan mahasiswa yang menuntut mereka untuk serius dan tekun dalam menimba ilmu. Oleh itu, penulis mengharapkan agar para pembaca yang juga mahasiswa-mahaisiswi IPT turut peka akan isu semasa demi kepentingan Negara. Penulis dahulunya juga tidaklah begitu berminat mengenai isu semasa kerana merasakan ia hanya perlu dicakna oleh orang-orang yang lebih dewasa tetapi sedarlah wahai pemimpin umat, keadaan Ummah semakin tenat!

Ingatlah, penulis memetik kata-kata Imam Syahid Hassan Al Banna,

“Pemuda merupakan pasak dan tiang kepada kebangkitan Negara dan merupakan rahsia kehebatan Negara”

Wallahualam.

Norfarah fatin Anuar

Peserta Himmah 2013

Aktivis PEMBINA RCMP