Caving-Closer To The Creator

Beauty In The Darkness merupakan satu program lasak yang dianjurkan oleh PEMBINA RCMP yang bertemakan “Caving-Closer To The Creator” program ini menjadikan Gua Tempurung sebagai tempat pilihan di mana berlangsungnya program. Program ini telah disertai oleh 45 orang peserta dari pelbagai bidang bagi tujuan untuk merapatkan jurang antara pelajar yang berlainan program. Program lasak ini dibuat atas inisiatif PEMBINA RCMP untuk  menguji kehebatan dan kekuatan mental dan fizikal para peserta.

Sedikit pengetahuan tentang Gua Tempurung, gua ini merupakan gua batu kapur marmar yang terbesar di Semenanjung Malaysia. Ianya terletak di Gopeng, Perak. Mula dikenal pasti sekitar tahun 1887 berdasarkan catatan Gunong Tempoo Rong pada peta Map of Perak-Malay Peninsula. Namanya diambil sempena bentuknya seperti tempurung kelapa. Panjang gua ini mencapai 1.9 km dan dipercayai telah wujud sejak 8000 SM lagi. Usia batuan di kawasan Gua Tempurung adalah diantara 165-400 juta tahun.

IMG-20150426-WA0002

Antara aktiviti menarik yang telah dilaksanakan sepanjang di Gua Tempurung adalah seperti ‘Caving Tour’, ‘Flying Fox’, dan juga ‘Reflection session-Recharge your iman’.

Program ini dimulakan dengan ‘Caving Tour’ di mana aktiviti ini dilihat sebagai aktiviti utama di Gua Tempurung. Bagi penerokaan gua ini, PEMBINA RCMP telah memilih pakej 3-Top of The World & River Adventure di mana pakej ini memerlukan peserta untuk mendaki 680 anak tangga,menuruni 280 anak tangga,melalui gelongsor batuan yang curam,serta merangkak di  bawah batu kapur untuk melalui sungai di bawah gua. Perjalanan untuk meneroka gua ini mengambil masa selama 2 jam setengah sebelum semua peserta selamat tiba di penghujung gua.

IMG-20150426-WA0126

Sepanjang penerokaan gua ini, para peserta telah disajikan dengan keindahan alam semulajadi di mana terdapat beberapa lukisan semulajadi  yang tercorak di dinding gua kesan dari hakisan batu kapur.Antara lukisan yang jelas dapat dilihat adalah seperti gambar berbentuk haiwan seperti naga, monyet dan buaya dan ada juga gambar yang membentuk rupa manusia. Selain itu, para peserta di lihat sangat teruja apabila melalui satu kawasan dipanggil ‘Wild Tunnel’ di mana kedudukannya adalah di tengah-tengah gua. Di sini berlakunya pertembungan angin dari arah depan dan belakang gua yang berbeza tekanan lalu menghasilkan angin di bahagian tengah gua.

IMG-20150426-WA0008

Selesai sahaja aktiviti meneroka gua, para peserta diberi peluang untuk merehatkan diri sambil medengar pengisian tazkirah yang telah disampaikan oleh Saudara Aidil Idham bin Sharom, Presiden PEMBINA Cawangan Ipoh. Konklusi pengisian dari beliau adalah sebagai seorang manusia perlulah kita merenung balik tugas dan tanggungjawab yang di amanahkan oleh Allah SWT kerana amanah dan tanggungjawab ini adalah tanda kepercayaan yang diberikan olehNya. Alam tidak mampu untuk menanggung amanah ini, namun manusia diberi kemampuan kerana adanya akal untuk berfikir.

IMG-20150426-WA0022

 

IMG-20150426-WA0010

Aktiviti penutup bagi program ini ialah ‘flying fox’ yang bertempat di sekitar kawasan Gua Tempurung. Aktiviti flying fox ini boleh dikatakan agak mencabar bagi mereka yang takut dengan ketinggian (acrophobia). Namun, syabas dan tahniah untuk semua peserta kerana berjaya menyelesaikan aktiviti terakhir ini dengan jayanya.

Kesimpulannya, program ini telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektifnya, untuk mengeratkan ukhwah sesama peserta dan juga sebagai persiapan kepada para peserta untuk mengharungi kesusahan sepanjang bergelar pelajar.

Suryani Hayati,
Biro Aktivisme PEMBINA RCMP

JALINAN KASIH 2.0 BERSAMA PELAJAR MATAQAB

19287_849756828419409_8258502185643048637_n

Program Jalinan Kasih 2.0 telah diadakan di Ma’ahad Tahfiz Al-Quran dan Akademik BAKIP pada 8 Februari 2015 dan program ini telah berlangsung dari pukul 8.00 pagi – 5.00 petang. Dengan slogannya ‘Ukhwah Dipadu, Syurga Dituju’ terdapt pelbagai aktiviti yang telah dijalankan bagi mengerakan hubungan silaturahim dan mengukuhkan ukhwah sesama saudara muslim di baah Pakej Bakti, PEMBINA.

10959531_849757861752639_5705953851020535821_n

Sistem adik angkat juga telah dijalankan bersama semua sukarelawan bagi menjayakan lagi slogan itu. Aktiviti Explorace Terbilang Ummah telah memberi objektif yang nyata untuk bekerjasama di dalam kumpulan dan antara cabaran dalam Explorace Terbilang Ummah teemasuklah memakan peria dan tembikai, charade peribahasa melayu, mengangkat green bean dengan chopstick, campak kasut ke dalam baldi, ping pong dan kardboard dan blinded straw.

10987702_849750748420017_5067030047362791946_n

Selepas itu terdapat praktikal wudhu’ menggunakan suku botol air mineral 500ml yang dikongsi bersama – sama dan solat hajat yang diimamkan oleh Afif Hisham. Kemudian CPR talk and practical telah dijalankan untuk mengajar pelajar MATAQAB untuk bersedia semasa kecemasan atau situasi yang memerlukan mereka bertindak dengan pantas termasuklah semasa seseorang tercekik dan tida sedarkan diri. Hal ini untuk menurunkan ilmu yang ada oleh semua sukarelawan yang pada asasnya belajar dalam bidang sains kesihatan. Kemudian terdapat Science Fair seperti yang dijalankan pada program Jalinan Kasih yang lepas di Rumah Anak Yatim dan Miskin Annur Maisarah tetapi kali ini lebih menarik dan lebih banyak eksperimen. Antara eksperimennya termasuklah Lava Lamp, Video Presentation dan eksperimen yang menggunakan ais kering seperti membuat buih ais kering dan mengeraskan buih serta Magic Mud.

1476178_849754575086301_6564543584619145778_n

Seterusnya terdapat haring session di mana semua peserta duduk di dalam kumpulan dan mengadakan sesi berkongi sesama adik angkat dan abang dan kakak angkat. Program menjadi kenangan yang indah buat semua pelajak UniKL RCMP dan semoga hubungan yag dibina bersama pelajar MATAQAB tidak berakhir disini sahaja dan semga PEMBINA dapat teruskan lagi program seperti ini untuk mengukuhkan perpaduan dan ukhwah dengan semua umat Islam. Sekian.

 

 

Disediakan oleh,

Muhammad Haznil Abdul Rahman,

Pengarah Program Jalinan Kasih

Jalinan Kasih Bersama Anak Yatim An-Nur Maisarah

Program Jalinan Kasih “Ukhwah Dipadu Syurga Dituju” 1.0  merupakan program anjuran PEMBINA RCMP bersama anak yatim Yayasan Amanah An-Nur Maisarah di Chemor. Program ini disertai oleh 56 sukarelawan yang merupakan pelajar UniKL RCMP.

10626376_815410028520756_5753153889021365070_o

Antara aktiviti yang telah dilaksanakan adalah seperti ‘Science Fair’, ‘Hygiene Talk and Practical’, Gotong Royong, Praktikal Wudhu’, Solat Dhuha, Tazkirah dan ‘Sharing Session’.

Dalam aktiviti ‘Science Fair’, beberapa eksperimen untuk memberi pendedahan kepada adik-adik tentang keseronokan mempelajari subjek sains. Sesi ‘Hygiene Talk and Practical’ pula memberi penerangan kepada mereka tentang sifat kebersihan dengan membasuh tangan, memberus gigi, dan memotong kuku mengikut sunnah. Gotong Royong turut dilakukan dengan kerjasama semua sukarelawan dalam membersihkan kawasan sekitar rumah anak yatim.

Kemudiannya, demonstrasi praktikal wudhu’ menggunakan suku air botol mineral yang ditunjukkan kepada semua, diikuti dengan Solat Dhuha bersama dan tazkirah. Seterusnya, sesi ‘Sharing Session’ berlangsung yang memberi peluang kepada semua sukarelawan untuk mendalami perasaan adik-adik sebagai anak yatim. Tidak ketinggalan juga permainan tradisional seperti Botol dan Cap Kali Cap yang menghiburkan adik-adik.

Program ini telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektifnya, untuk mengeratkan ukhwah dan juga untuk memberikan adik adik di An-Nur Maisarah gambaran baru terhadap sains, kebersihan diri dan juga keindahan agama Islam.

10828165_815410918520667_3352718501860183600_o

Disediakan oleh,

Muhammad Haznil Abdul Rahman,

Pengarah Program Jalinan Kasih