PENGENALAN

Logo PEMBINA RCMP 2010-2013
latest design3
Logo PEMBINA RCMP (2014-Kini)


Persatuan Belia Inovatif adalah sebuah persatuan belia yang bangkit di tengah-tengah kemelut masyarakat yang seolah-olah tiada penghujungnya. PEMBINA sebagai wadah untuk menjana generasi baru yang mampu melaksana tanggungjawab mereka kepada bangsa mereka. Kegawatan yang melanda bangsa ini, khususnya kelompok belia mereka, hanya mampu diatasi dengan kembali kepada Islam. Sebenarnya cabaran yang paling besar bagi sesebuah bangsa yang ingin bangkit adalah penyediaan generasi baru. Oleh itu, generasi muda mesti disiapkan untuk menggalas beban yang besar, iaitu membawa bangsa ini ke puncak kejayaan. Mereka mesti dikejutkan daripada tidur mereka yang lama. Mereka mesti disedarkan tentang ancaman dan cabaran yang sedang melanda bangsa mereka, sama ada dari luar mahupun dalam. Mereka mesti diingatkan bahawa survival bangsa ini terletak di atas bahu mereka dan mereka akan ditanya di hadapan Allah yang Maha Agung tentang apa yang mereka usahakan.

Justeru PEMBINA tampil dengan objektif-objektif berikut:

  • Membangunkan potensi belia/beliawanis yang cinta dan bertanggungjawab kepada Tuhan, diri, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.
  • Meningkatkan kefahaman, pengetahuan dan kemahiran belia/beliawanis agar dapat menyumbang secara positif kepada kemakmuran negara.
  • Menggilap kualiti kepemimpinan, disiplin, amanah dan kendiri dikalangan belia/beliawanis.
  • Memupuk jiwa yang merdeka, bermotivasi tinggi, dedikasi, progresif dan dinamik.
  • Melahirkan belia/beliawanis yang cergas, sihat, kuat dan lasak dari segi fizikal, spiritual dan mental.
  • Menjalin persaudaraan kukuh yang berteraskan Islam serta membentuk kefahaman dan kerjasama erat dikalangan ahli.
  • Menggerakkan belia/beliawanis untuk membangun diri, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.

3 Replies to “PENGENALAN”

    1. pembina rcmp terbuka kepada semua.tidak kira mbbs, farmasi atau lain2. kerana pembina rcmp mahu membangunkan potensi mahasiswa seramai yang mungkin. Ayuh sertai kami 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *