Mengumpat

Mengumpat ialah menyebut perihal orang lain yang akan membuatkan hatinya benci bila mengetahuinya atau memperkatakan seseorang di belakangnya seperti memperkatakan fizikal seseorang, perangainya atau perkataannya sama ada dalam urusan agama mahupun urusan dunia.

3 bahagian mengumpat:

1. Ghibah – Menyebut sesuatu yang buruk di belakang orang

2. Buhtan – mereka-reka perkara dusta

3. Ifk – menyebarkan cerita fitnah yanng didengar

mengumpat

Sabda Rasulullah SAW bermaksud

“ Tahukah kamu apa itu ghibah? Mereka menjawab:” Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu. “ Baginda berkata: Engkau sebutkan tentang saudaramu tentang apa yang dibencinya.” Sahabat bertanya: “ Bagaimana pula kalau apa yang saya katakan itu betul? Dijawabnya : “ Kalau betul apa yang engkau katakan itu ialah mengumpat dan kalau tidak betul, engkau telah berdusta kepadanya (buhtan)”

Riwayat Muslim.

Larangan mengumpat sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah AL-Hujurat : 12, Maksudnya:

“Dan jangan pula setengah kamu mengumpat yang lain. Sukakah kalau seseorang daripada kamu memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka tentu kamu benci memakannya.”

Mengumpat hukumnya jelas HARAM kerana merupakan pelanggaran terhadap nama, kedudukan, pangkat dan maruah seseorang.

Mengumpat tidak terbatas kepada lidah semata-mata. Perbuatan menggunakan isyarat seperti mengangguk-angguk, menjeling, terbatuk-batuk, berbisik-bisik juga dikategorikan sebaai mengumpat. Malah mendengar orang mengumpat juga dikira mengumpat atau seurang-kurangnya bersubahat selagi pendengar menyetujui atau tertarik hati mendengarnya.

FAKTOR MEMBAWA KEPADA MENGUMPAT

1. Melepaskan perasaan marah.

2. Untuk mengambil hati kawan-kawan dan meletakkan.   mengumpat sebagai alasan untuk bergaul bersama rakan-rakan.

3. Sikap bermegah-megah.

4. Beniat memburukkan orang lain sebelum dirinya diperkatakan orang.

5.  Bermain-main dan bergurau senda.

CARA MENCEGAH LIDAH DARIPADA MENGUMPAT

1. Ketika marah terus ambil wudu’.

2. Mengingati larangan Allah dan Rasul-Nya mengenai mengumpat.

TEBUSAN MENGUMPAT

Bertaubat dan meminta maaf kepada orang yang diumpat. Jika khuatir dengan berterus terang di mana akan mewujudkan permusuhan maka mintalah keampunan daripada Allah SWT.

 

Oleh:

Captain Malaysia

 

Saya Mesti Menguasai Diri Saya

sujud

 

Sebagai manusia kita tidak boleh lari daripada pertarungan jiwa dalam diri kita sehiggalah kita menemui ajal. Dalam menghadapi pertarungan jiwa ini manusia terbahagi kepada dua :

1. Golongan yang tunduk kepada keduniaan iaitu golongan yang   tewas dengan hawa nafsu.

2. Golongan yang berjihad memerangi nafsu; kadang kadang menang dan adakalanya kalah tetapi sentiasa kembali bersujud memohon taubat daripada Allah SWT.

 

sendi

 

SENDI-SENDI KEKUATAN ISLAM

1. Semestinya yang paling penting untuk dijaga adalah hati, sebagaimana kata – kata Saidina Ali r.a. yang bermaksud:

“Allah mempunyai bejana di dunia ini, iaitu hati. Hati yang paling Allah kasihi ialah hati yang paling lembut, bersih dan cekal”

2. Akal juga menjadi sendi kemenangan dalam pertarungan jiwa sekiranya akal itu dapat melihat, membezakan sesuatu dan menyerap segala ilmu yang pada akhirnya dapat digunakan untuk mencapai tempat yang paling hampir dengan Allah SWT.

10 pintu hati manusia yang dimasuki syaitan:

1. Tamak

2. Cintakan duniawi dan selalu berangan

3. Sentiasa mengagumi diri sendiri

4. Memandang rendah dan tidak menghormati orang lain

5. Taksub dengan kerehatan dan kenikmatan

6. Hasad

7. Riya’

8. Berburuk sangka

9. Bakhil

10. Takabbur

Pentingnya untuk seseorang sentiasa mentajdid niat dan sentiasa memulakan niat kerana Allah SWT. Hal ini akan membuatkan individu itu fokus melakukan sesautu pekerjaan ikhlas untuk mendapatan keredhaan Allah SWT dan akan menghilangkan perasaan riya’, ujub dan takabbur malah dapat memotivasikan diri untuk melakukan pekerjaan itu dengan bersungguh -sungguh.

Tips untuk mengawal diri supaya sentiasa menuju kearah keredhaan Allah SWT ialah untuk akal sentiasalah mencari peluang untuk menambahkan ilmu di dalam diri sebanyak mungkin dan sentiasa mengingatkan diri berkenaan luasnya ilmu Allah SWT terbentang untuk kita terokai dan pelajari. Untuk melatih hati supaya tidak membuka pintu untuk syaitan tembusi ialah dengan selalu berzikir dan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Sekian.

 

Oleh:

Captain Malaysia 

Aktivis PEMBINA RCMP

 

Caving-Closer To The Creator

Beauty In The Darkness merupakan satu program lasak yang dianjurkan oleh PEMBINA RCMP yang bertemakan “Caving-Closer To The Creator” program ini menjadikan Gua Tempurung sebagai tempat pilihan di mana berlangsungnya program. Program ini telah disertai oleh 45 orang peserta dari pelbagai bidang bagi tujuan untuk merapatkan jurang antara pelajar yang berlainan program. Program lasak ini dibuat atas inisiatif PEMBINA RCMP untuk  menguji kehebatan dan kekuatan mental dan fizikal para peserta.

Sedikit pengetahuan tentang Gua Tempurung, gua ini merupakan gua batu kapur marmar yang terbesar di Semenanjung Malaysia. Ianya terletak di Gopeng, Perak. Mula dikenal pasti sekitar tahun 1887 berdasarkan catatan Gunong Tempoo Rong pada peta Map of Perak-Malay Peninsula. Namanya diambil sempena bentuknya seperti tempurung kelapa. Panjang gua ini mencapai 1.9 km dan dipercayai telah wujud sejak 8000 SM lagi. Usia batuan di kawasan Gua Tempurung adalah diantara 165-400 juta tahun.

IMG-20150426-WA0002

Antara aktiviti menarik yang telah dilaksanakan sepanjang di Gua Tempurung adalah seperti ‘Caving Tour’, ‘Flying Fox’, dan juga ‘Reflection session-Recharge your iman’.

Program ini dimulakan dengan ‘Caving Tour’ di mana aktiviti ini dilihat sebagai aktiviti utama di Gua Tempurung. Bagi penerokaan gua ini, PEMBINA RCMP telah memilih pakej 3-Top of The World & River Adventure di mana pakej ini memerlukan peserta untuk mendaki 680 anak tangga,menuruni 280 anak tangga,melalui gelongsor batuan yang curam,serta merangkak di  bawah batu kapur untuk melalui sungai di bawah gua. Perjalanan untuk meneroka gua ini mengambil masa selama 2 jam setengah sebelum semua peserta selamat tiba di penghujung gua.

IMG-20150426-WA0126

Sepanjang penerokaan gua ini, para peserta telah disajikan dengan keindahan alam semulajadi di mana terdapat beberapa lukisan semulajadi  yang tercorak di dinding gua kesan dari hakisan batu kapur.Antara lukisan yang jelas dapat dilihat adalah seperti gambar berbentuk haiwan seperti naga, monyet dan buaya dan ada juga gambar yang membentuk rupa manusia. Selain itu, para peserta di lihat sangat teruja apabila melalui satu kawasan dipanggil ‘Wild Tunnel’ di mana kedudukannya adalah di tengah-tengah gua. Di sini berlakunya pertembungan angin dari arah depan dan belakang gua yang berbeza tekanan lalu menghasilkan angin di bahagian tengah gua.

IMG-20150426-WA0008

Selesai sahaja aktiviti meneroka gua, para peserta diberi peluang untuk merehatkan diri sambil medengar pengisian tazkirah yang telah disampaikan oleh Saudara Aidil Idham bin Sharom, Presiden PEMBINA Cawangan Ipoh. Konklusi pengisian dari beliau adalah sebagai seorang manusia perlulah kita merenung balik tugas dan tanggungjawab yang di amanahkan oleh Allah SWT kerana amanah dan tanggungjawab ini adalah tanda kepercayaan yang diberikan olehNya. Alam tidak mampu untuk menanggung amanah ini, namun manusia diberi kemampuan kerana adanya akal untuk berfikir.

IMG-20150426-WA0022

 

IMG-20150426-WA0010

Aktiviti penutup bagi program ini ialah ‘flying fox’ yang bertempat di sekitar kawasan Gua Tempurung. Aktiviti flying fox ini boleh dikatakan agak mencabar bagi mereka yang takut dengan ketinggian (acrophobia). Namun, syabas dan tahniah untuk semua peserta kerana berjaya menyelesaikan aktiviti terakhir ini dengan jayanya.

Kesimpulannya, program ini telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektifnya, untuk mengeratkan ukhwah sesama peserta dan juga sebagai persiapan kepada para peserta untuk mengharungi kesusahan sepanjang bergelar pelajar.

Suryani Hayati,
Biro Aktivisme PEMBINA RCMP