RIADHAH MAHASISWI “GET ACTIVATED! ZALZIL AMNA ISRAEL”

IPOH, 6 September – PEMBINA RCMP berjaya menganjurkan program riadhah ‘Get Activated, Zalzil Amna Israel’ yg diadakan di Taman D.R Seenivasagam, khas buat mahasiswi RCMP. Program ini mendapat sambutan hangat dengan penyertaan lebih daripada 65 orang peserta.

 

10616018_765484330179993_2260205865166234354_n (1)

 

Fakta menarik yang dikongsi juruacara riadhah saudari Najah, selain dapat mengeluarkan peluh, aktiviti sukan atau riadhah dapat mengeluarkan hormon ‘endorphin’ yang dihasilkan secara semulajadi dalam badan manusia. Hormon ini akan bertindak sebagai ejen agar tubuh badan sihat dan sentiasa ceria.

Semua peserta dilihat sangat bersungguh-sungguh dan memberikan komitmen yang sangat tinggi dalam setiap aktiviti. Keadaaan ini sangatlah bertepatan dengan objektif serta tema program yang menyeru peserta untuk ‘get activated’ atau teransang untuk bertindak dan siap sedia untuk melakukan apa sahaja demi mencapai cita-cita.

Selain beraktiviti, turut diadakan sesi perkongsian yang disampaikan oleh Cik Farah Pauzee. Tajuk pengisian yang berbunyi “Get Activated: Hamasah dan Syabab” merungkai bagaimana pemuda yang bersifat hamasah dalam dirinya dapat berhijrah kepada Allah dan berubah menjadi insan hebat. Turut diceritakan perihal tentang Gaza dan bagaimana sikap rakyat Gaza dalam mempertahankan tanah air umat Islam.

1607079_765484530179973_2995555400668914459_n

Sudut Gaza juga disediakan bagi membolehkan peserta menandatangani petisyen Gaza, mengetahui isu Gaza, bergambar dengan ‘props’ sokongan kepada Gaza dan rakaman video protes kepada Israel. Program riadhah ditamatkan dengan sorakan sokongan kepada Gaza dan bacaan doa qunut nazilah serta doa rabithah.

 

Pengarah riadhah “Get Activated, Zalzil Amna Israel”,

Hafizah binti Haris.

PEMBINA RCMP menyeru mahasiswa beriadah sambil mengamalkan sunnah Rasulullah saw

IPOH, 7 JUN – PEMBINA RCMP telah menganjurkan satu program riadah memanah yang bertempat di Extreme Park, Sunway City .  Program riadah perdana pada kali ini disertai oleh 35 orang peserta  muslimah tidak mengira umur. RIADAH PERDANA ini diajurkan dengan bertujuan untuk menggalakkan para peserta untuk beriadah dan mengeratkan ukhuwah sesama muslim. Slot selingan “kuiz Ramadhan” turut diadakan sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba. Tidak dilupakan slot terakhir tazkirah oleh Puan Sakinah.

Rasulullah SAW sentiasa mengingatkan umatnya untuk menjaga kesihatan serta terhindar daripada sebarang penyakit memudaratkan. Sebaiknya seorang muslim itu bukan sahaja perlu mempunyai kekuatan rohani, malah kekuatan fizikal dan jasmani. Baginda bersabda: “Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah berbanding daripada orang beriman yang lemah.” (Hadis riwayat Muslim)

10250283_716914805036946_4448750891867886704_n-2

10441319_716914871703606_5855597898313598994_n

Pengarah program, saudari Syarifah Annisatun Najah berpendapat bahawa aktiviti memanah ini bukan sekadar sunnah.Beliau menjelaskan,

Memanah mengajar kita bermatlamat untuk membidik agar tepat. Fokus yang tinggi untuk kita membidik titik tengah.  Ibarat kita tidak  membiarkan kehidupan kita dibuai angan. Ketika tangan dan lengan lenguh direnggang, begitulah hakikat payahnya perjalanan kehidupan ini. Pelbagai ranjau harus kita tempuhi untuk kita mencapai matlamat terakhir kita. Hidup ini perlu bermatlamat, matlamat kita untuk mendapat keredhaan-Nya. InsyaAllah.”

10452379_716937785034648_7396478147289162986_n

Unit Wartawan 

Biro Media PEMBINA RCMP

STRIKE COMANGO

IPOH, 8 FEB – PEMBINA RCMP dengan kerjasama Sahabat Online Shop telah menganjurkan satu program riadah bowling yang bertempat di Ampang Superbowl, Ipoh Parade. .  Program riadah pada kali ini bertemakan ‘Strike Comango’ yang dipilih oleh PEMBINA RCMP dengan bertujuan untuk bersama-sama membantah Comango yang akan menggugat masa depan agama islam.  Di samping itu, program ini juga bertujuan untuk menggalakkan para peserta untuk beriadah dan mengeratkan ukhuwah sesama muslim. Seramai 36 orang peserta perempuan yang menyertai progrom ini. Kebanyakan peserta merupakan pelajar perubatan dan farmasi dari Kolej Perubatan Diraja Perak serta penyertaan istimewa daripada Sahabat Online Shop sendiri.

1782010_655234261205001_1428932935_n

“Permainan bowling agak memenatkan  namun tetap  seronok kerana diselitkan dengan pengisian mengenai isu semasa.  Terima kasih kerana telah  menjemput saya untuk menyertai program ini. Semoga ahli PEMBINA RCMP semakin maju pada masa hadapan,” ujar Ezza Izzaty Mohd Nor, pelajar ijazah farmasi di UniKL RCMP.

“Ini kali pertama saya bermain bowling dan sangat menyeronokkan serta pengisiannya juga sangat bagus. Saya harap selepas ini saya boleh sertai lagi program-program PEMBINA yang lain,” kata Ain Najihah, peserta Strike Comango Februari 2014.

Zairatul Akhmar Marusin, selaku pengusaha perniagaan Sahabat Online Shop juga berharap agar ukhuwah PEMBINA RCMP dan Sahabat Online Shop terus kekal dan makin kuat untuk menjalankan aktiviti bersama masyarakat.

“Semoga dengan adanya program seperti ini yang mengetengahkan isu Comango dapat dipergiatkan lagi dan dapat menambahkan pengetahuan para peserta mengenai Comango,” jelas usahawan muda ini lagi.

 

Unit Wartawan Biro Media

PEMBINA RCMP