Caving-Closer To The Creator

pembinarcmp May 7, 2015 0

Beauty In The Darkness merupakan satu program lasak yang dianjurkan oleh PEMBINA RCMP yang bertemakan “Caving-Closer To The Creator” program ini menjadikan Gua Tempurung sebagai tempat pilihan di mana berlangsungnya program. Program ini telah disertai oleh 45 orang peserta dari pelbagai bidang bagi tujuan untuk merapatkan jurang antara pelajar yang berlainan program. Program lasak ini dibuat atas inisiatif PEMBINA RCMP untuk  menguji kehebatan dan kekuatan mental dan fizikal para peserta.

Sedikit pengetahuan tentang Gua Tempurung, gua ini merupakan gua batu kapur marmar yang terbesar di Semenanjung Malaysia. Ianya terletak di Gopeng, Perak. Mula dikenal pasti sekitar tahun 1887 berdasarkan catatan Gunong Tempoo Rong pada peta Map of Perak-Malay Peninsula. Namanya diambil sempena bentuknya seperti tempurung kelapa. Panjang gua ini mencapai 1.9 km dan dipercayai telah wujud sejak 8000 SM lagi. Usia batuan di kawasan Gua Tempurung adalah diantara 165-400 juta tahun.

IMG-20150426-WA0002

Antara aktiviti menarik yang telah dilaksanakan sepanjang di Gua Tempurung adalah seperti ‘Caving Tour’, ‘Flying Fox’, dan juga ‘Reflection session-Recharge your iman’.

Program ini dimulakan dengan ‘Caving Tour’ di mana aktiviti ini dilihat sebagai aktiviti utama di Gua Tempurung. Bagi penerokaan gua ini, PEMBINA RCMP telah memilih pakej 3-Top of The World & River Adventure di mana pakej ini memerlukan peserta untuk mendaki 680 anak tangga,menuruni 280 anak tangga,melalui gelongsor batuan yang curam,serta merangkak di  bawah batu kapur untuk melalui sungai di bawah gua. Perjalanan untuk meneroka gua ini mengambil masa selama 2 jam setengah sebelum semua peserta selamat tiba di penghujung gua.

IMG-20150426-WA0126

Sepanjang penerokaan gua ini, para peserta telah disajikan dengan keindahan alam semulajadi di mana terdapat beberapa lukisan semulajadi  yang tercorak di dinding gua kesan dari hakisan batu kapur.Antara lukisan yang jelas dapat dilihat adalah seperti gambar berbentuk haiwan seperti naga, monyet dan buaya dan ada juga gambar yang membentuk rupa manusia. Selain itu, para peserta di lihat sangat teruja apabila melalui satu kawasan dipanggil ‘Wild Tunnel’ di mana kedudukannya adalah di tengah-tengah gua. Di sini berlakunya pertembungan angin dari arah depan dan belakang gua yang berbeza tekanan lalu menghasilkan angin di bahagian tengah gua.

IMG-20150426-WA0008

Selesai sahaja aktiviti meneroka gua, para peserta diberi peluang untuk merehatkan diri sambil medengar pengisian tazkirah yang telah disampaikan oleh Saudara Aidil Idham bin Sharom, Presiden PEMBINA Cawangan Ipoh. Konklusi pengisian dari beliau adalah sebagai seorang manusia perlulah kita merenung balik tugas dan tanggungjawab yang di amanahkan oleh Allah SWT kerana amanah dan tanggungjawab ini adalah tanda kepercayaan yang diberikan olehNya. Alam tidak mampu untuk menanggung amanah ini, namun manusia diberi kemampuan kerana adanya akal untuk berfikir.

IMG-20150426-WA0022

 

IMG-20150426-WA0010

Aktiviti penutup bagi program ini ialah ‘flying fox’ yang bertempat di sekitar kawasan Gua Tempurung. Aktiviti flying fox ini boleh dikatakan agak mencabar bagi mereka yang takut dengan ketinggian (acrophobia). Namun, syabas dan tahniah untuk semua peserta kerana berjaya menyelesaikan aktiviti terakhir ini dengan jayanya.

Kesimpulannya, program ini telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektifnya, untuk mengeratkan ukhwah sesama peserta dan juga sebagai persiapan kepada para peserta untuk mengharungi kesusahan sepanjang bergelar pelajar.

Suryani Hayati,
Biro Aktivisme PEMBINA RCMP

Komentar Anda!

Leave A Response »

Downloaded from Free Premium Downloads