PEMBINA RCMP PERSATUAN TERBAIK

pembinarcmp February 25, 2015 0

Ipoh,16 Feb –Persatuan Belia Inovatif (PEMBINA) RCMP telah muncul sebagai penerima anugerah kelab terbaik pada malam Majlis Anugerah Siswa 2015 di Hotel Excelsior. Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada Pengerusi PEMBINA RCMP 2014, Saudara Hanafi Khashim  dan Ketua Beliawanis, Saudari Nabila Azahar serta ahli-ahli tanzim yang telah banyak bertungkus-lumus dalam mengharumkan nama PEMBINA RCMP. Majlis yang gilang-gemilang itu adalah di bawah anjuran Student Development & Campus Lifestyle Department (SDCL) dengan kerjasama Jawatankuasa  Perwakilan Mahasiswa (JPM) serta kelab-kelab dan persatuan-persatuan yang berdaftar di RCMP.

11004174_1572687986322730_1316532508_n

Dua orang ahli PEMBINA juga telah berjaya merangkul anugerah yang hebat sewaktu majlis berkenaan iaitu Saudari Imtinaan dan Saudari Husna Dahari. Ini menunjukkan bahawa bukan sahaja kelab PEMBINA RCMP sahaja yang hebat malahan ahli-ahlinya juga tiada tandingannya.

11000968_1572687922989403_839445545_o

Saudari Imtinaan binti Zain Al-Aabideen yang sebelum ini merupakan Ketua Beliawanis PEMBINA RCMP sesi 2013 telah berjaya merangkul sebanyak tiga anugerah iaitu, Anugerah Permata Nilam (sahsiah diri), Anugerah Pasukan Sukan Terbaik (Futsal Wanita) dan juga Anugerah Penghargaan Sukan (ping pong berpasukan). Menurut beliau yang merupakan pelajar tahun akhir Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery (MBBS), ‘Dalam pada kita menambah ilmu di dada, jangan lupa bahawa Islam adalah agama praktikal, yang mana seseorang muslim seharusnya menunjukkan contoh yang paling cemerlang dalam semua aspek kehidupan seperti akhlak, ilmu, komunikasi dan sebagainya. Ini kerana panduan hidup kita adlah Al-Quran dan Al-Sunnah yakni ujukan sempurna diturunkan Allah untuk sekalian alam. Saya percaya, tuntutan 10 sifat seorang muslim yang telah diajarkan oleh As Syahid Hassan Al-Banna merupakan prinsip asa yang perlu dihayati dan dipraktikkan oleh setiap individu muslim supaya menjadi contoh teladan kepada manusia sejagat.’

 

‘Dalam pada kita menambah ilmu di dada, jangan lupa bahawa Islam adalah agama praktikal, yang mana seseorang muslim seharusnya menunjukkan contoh yang paling cemerlang dalam semua aspek kehidupan’

 

Tidak dilupakan juga kepada seorang lagi ahli PEMBINA RCMP iaitu saudari Husna binti Dahari juga berjaya merangkul sebanyak tiga anugerah pada malam ini, Anugerah Permata Zamrud (aktf Sukan Wanita), Anugerah Pasukan Sukan Terbaik (Futsal Wanita), dan Anugerah Penghargaan Sukan (Ping Pong Berpasukan). Beliau yang merupakan pelajar tahun akhir Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery (MBBS) juga menyatakan bahawa merasa sangat bertuah memperolehi anugerah ini dan merasakan bahawa ianya adalah memori yang terinah buat beliau. “Alhamdulillah untuk rezeki mala mini. Anugerah ini pasti akan menjadi memori terindah buat saya sebagai pelajar yang bakal meninggalkan Unikl RCMP tidak lama lagi. Ingin saya tekankan di sini, aspek sukan juga penting bagi memesatikan keberlangsungan tahap kesihatan kita. Seperti mana pepatah Arab ada menyebutkan al’aqlussalim fil jismissalim, akal yang cerdas terletak pada tubuh badan yang cergas. Sihat tubuh badan juga merupakan salah satu daripada muwasaffat tarbiyyah yang wajib ada pada setiap individu muslim. Jadi, ayuh kita menjadi sihat untuk ummah!

11003227_1572687992989396_1678780257_o

Ternyata bahawa aktivis PEMBINA RCMP mampu untuk membuktikan bahawa mereka adalah yang terbaik meskipun sibuk dengan pembelajaran dan juga berprogram. PEMBINA RCMP juga ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada semua yang penerima anugerah pada malam ini. Semoga anugerah yang kita perolehi itu mampu dijadikan sebagai batu loncatan agar kita menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan Negara.

 

Unit Wartawan Biro Media

PEMBINA RCMP

Komentar Anda!

Leave A Response »

Downloaded from Free Premium Downloads