Jalinan Kasih Bersama Anak Yatim An-Nur Maisarah

pembinarcmp December 22, 2014 0

Program Jalinan Kasih “Ukhwah Dipadu Syurga Dituju” 1.0  merupakan program anjuran PEMBINA RCMP bersama anak yatim Yayasan Amanah An-Nur Maisarah di Chemor. Program ini disertai oleh 56 sukarelawan yang merupakan pelajar UniKL RCMP.

10626376_815410028520756_5753153889021365070_o

Antara aktiviti yang telah dilaksanakan adalah seperti ‘Science Fair’, ‘Hygiene Talk and Practical’, Gotong Royong, Praktikal Wudhu’, Solat Dhuha, Tazkirah dan ‘Sharing Session’.

Dalam aktiviti ‘Science Fair’, beberapa eksperimen untuk memberi pendedahan kepada adik-adik tentang keseronokan mempelajari subjek sains. Sesi ‘Hygiene Talk and Practical’ pula memberi penerangan kepada mereka tentang sifat kebersihan dengan membasuh tangan, memberus gigi, dan memotong kuku mengikut sunnah. Gotong Royong turut dilakukan dengan kerjasama semua sukarelawan dalam membersihkan kawasan sekitar rumah anak yatim.

Kemudiannya, demonstrasi praktikal wudhu’ menggunakan suku air botol mineral yang ditunjukkan kepada semua, diikuti dengan Solat Dhuha bersama dan tazkirah. Seterusnya, sesi ‘Sharing Session’ berlangsung yang memberi peluang kepada semua sukarelawan untuk mendalami perasaan adik-adik sebagai anak yatim. Tidak ketinggalan juga permainan tradisional seperti Botol dan Cap Kali Cap yang menghiburkan adik-adik.

Program ini telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektifnya, untuk mengeratkan ukhwah dan juga untuk memberikan adik adik di An-Nur Maisarah gambaran baru terhadap sains, kebersihan diri dan juga keindahan agama Islam.

10828165_815410918520667_3352718501860183600_o

Disediakan oleh,

Muhammad Haznil Abdul Rahman,

Pengarah Program Jalinan Kasih

Komentar Anda!

Leave A Response »

Downloaded from Free Premium Downloads