HAMASAH AS SYABAB

pembinarcmp March 26, 2014 0

Golongan belia merupakan golongan harapan bangsa dan negara. Mengapakah mereka begitu sinonim dengan gelaran ini? Apakah nilai yang diukur dalam diri para belia sehingga mereka digelar harapan bangsa dan negara? Persoalan ini akan terjawab dengan mudah bilamana kita akur bahawa belia merupakan satu golongan yang amat tinggi nilainya dalam masyarakat. Ini kerana golongan belia mampu melakukan sesuatu yang hebat berbanding golongan usia yang lain. Usia belia yang didefinasikan antara 15 tahun sehingga 40 tahun adalah usia dimana rata-ratanya seseorang individu itu mempunyai kekuatan yang hebat dari segala aspek. Mereka mampu pergi lebih jauh kehadapan sekiranya mereka dipersiapkan dengan nilai-nilai kehidupan dan ideologi yang sihat.

Antara kumpulan yang mewakili golongan belia ini adalah kumpulan mahasiswa. Pengharapan terhadap mereka amatlah tinggi. Golongan terpelajar ini perlu disiapkan untuk menggalas bebanan yang besar, iaitu membawa agama dan bangsa ke puncak kegemilangan. Mahasiswa mesti dikejutkan dari mimpi-mimpi indah di usia muda mereka.

Pada arus kini, golongan ini tidak seperti yang digambarkan. Pendirian mereka goyah, ideologi-ideologi negatif yang kian rancak menular dalam Institut Pengajian Tinggi (IPT) diterima dengan tangan terbuka dan kisah cinta pemuda dan pemudinya pula bagai tiada pengakhirannya. Senario yang disajikan amat membimbangkan. Golongan mahasiswa berada dalam keadaan tenat.

Justeru Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) bangkit ditengah-tengah permasalahan ini untuk menolak segala bentuk anasir yang mampu meruntun nilai seorang pemuda yang didambakan oleh agama, bangsa dan negara. PEMBINA menyahut cabaran untuk mempersiapkan golongan belia dalam meneraju mahasiswa kearah pembangunan individu yang mantap dalam segala aspek. Pihak PEMBINA menawarkan pembangunan rohani, jasmani, kepimpinan, sosial dan banyak lagi. PEMBINA juga tetap dengan pendiriannya dalam menolak segala ideologi dan pergerakan yang bertentangan dengan agama dan budaya masyarakat seperti LGBT, Syiah, Liberalisme, Pluralisme dan lain-lain lagi.

Jiwa belia adalah jiwa yang beharga. Ia perlu dijaga dan diterapkan dengan nilai-nilai positif yang mampu menjadikannya kuat dan kental dalam menghadapi cabaran pada masa kini. Sehebat manapun usaha manusia itu dalam menyediakan bekalan kehidupan mereka untuk menjadi individu yang hebat, jangan dilupa kepada penciptanya. PEMBINA yakin permasalahan ini hanya mampu diatasi dengan membawa golongan belia ini kembali kepada Islam. Nilai-nilai di dalam Islam itu sudah lengkap untuk menyediakan  golongan ini sepertimana yang kita impikan.

Empat rukun pemuda yang digariskan oleh Imam Hassan Al-Banna iaitu iman, ikhlas, hammasah aliyah dan amal adalah antara aspek yang diambil kira dalam pembinaan jati diri individu muslim. Melalui wasilah PEMBINA, kami ingin membentuk individu muslim yang mempunyai kemampuan yang hebat, tekad, keberanian dan kesabaran dalam menghadapi segala tentangan.

PEMBINA menyeru seluruh golongan belia dan mahasiswa untuk bersama kami dalam meneraju arus mahasiswa agar kita mampu melahirkan pemuda-pemuda untuk mewakili golongan belia dalam memperjuangkan agama, bangsa dan negara. PEMBINA menolak kumpulan-kumpulan yang membawa ideologi-ideologi negatif ini mewakili suara-suara belia.

 

Siti Nabila Azahar

Ketua Beliawanis PEMBINA RCMP

1965595_10203595411074599_1085335057_o

 

Komentar Anda!

Leave A Response »

Downloaded from Free Premium Downloads