STRIKE COMANGO

pembinarcmp February 11, 2014 0

IPOH, 8 FEB – PEMBINA RCMP dengan kerjasama Sahabat Online Shop telah menganjurkan satu program riadah bowling yang bertempat di Ampang Superbowl, Ipoh Parade. .  Program riadah pada kali ini bertemakan ‘Strike Comango’ yang dipilih oleh PEMBINA RCMP dengan bertujuan untuk bersama-sama membantah Comango yang akan menggugat masa depan agama islam.  Di samping itu, program ini juga bertujuan untuk menggalakkan para peserta untuk beriadah dan mengeratkan ukhuwah sesama muslim. Seramai 36 orang peserta perempuan yang menyertai progrom ini. Kebanyakan peserta merupakan pelajar perubatan dan farmasi dari Kolej Perubatan Diraja Perak serta penyertaan istimewa daripada Sahabat Online Shop sendiri.

1782010_655234261205001_1428932935_n

“Permainan bowling agak memenatkan  namun tetap  seronok kerana diselitkan dengan pengisian mengenai isu semasa.  Terima kasih kerana telah  menjemput saya untuk menyertai program ini. Semoga ahli PEMBINA RCMP semakin maju pada masa hadapan,” ujar Ezza Izzaty Mohd Nor, pelajar ijazah farmasi di UniKL RCMP.

“Ini kali pertama saya bermain bowling dan sangat menyeronokkan serta pengisiannya juga sangat bagus. Saya harap selepas ini saya boleh sertai lagi program-program PEMBINA yang lain,” kata Ain Najihah, peserta Strike Comango Februari 2014.

Zairatul Akhmar Marusin, selaku pengusaha perniagaan Sahabat Online Shop juga berharap agar ukhuwah PEMBINA RCMP dan Sahabat Online Shop terus kekal dan makin kuat untuk menjalankan aktiviti bersama masyarakat.

“Semoga dengan adanya program seperti ini yang mengetengahkan isu Comango dapat dipergiatkan lagi dan dapat menambahkan pengetahuan para peserta mengenai Comango,” jelas usahawan muda ini lagi.

 

Unit Wartawan Biro Media

PEMBINA RCMP

Komentar Anda!

Leave A Response »

Downloaded from Free Premium Downloads