Media dan Dakwah Islamiyah

pembinarcmp January 19, 2014 0

Ipoh, 18 Jan-  Bertemakan “Media dan Dakwah Islamiyah”, biro media PEMBINA UniKL RCMP berjaya menganjurkan kursus Adobe Photoshop bagi mahasiswa yang punya minat mendalam untuk mengembangkan bakat serta kemahiran diri dalam berkarya melalui media masa.

Bermula sekitar jam 8 pagi hingga 12 tengah hari, kursus yang bertempat di Pejabat Aman Palestin ini telah dikelolakan oleh aktivis PEMBINA RCMP, Ahmad Ariff Azmer Munshi merangkap salah seorang team designer PEMBINA  pusat.

Jelas beliau, media merupakan salah satu medium yang boleh kita labelkan sebagai agen perubah masyarakat, yang ternyata pengaruhnya melebihi medium-medium yang lain. Beliau berpendapat sudah menjadi tanggungjawab umat Islam untuk mempraktikkan fahaman dan menyalurkan bakat yang ada mengikut kaca mata Islam.

“ Terus berusaha meningkatkan potensi dan bakat yang ada serta memanfaatkan medium ini dalam menyampaikan Syahadatul Haq yang satu.”  bicara beliau sebelum menutup majlis.

Para peserta yang baru mendalami atau  ingin berjinak dalam bidang ini juga turut menyampaikan rasa puas hati terhadap  cara penyampaian sepanjang program.

“Penekanan terhadap ilmu asas dalam Adobe Photoshop benar-benar berkesan buat saya yang masih baru dalam bidang ini, “ ujar Khadijah Zulkifly , salah seorang peserta bagi kursus Adobe Photoshop kali ini.

123

Sebelum berakhirnya program, para peserta diberi kesempatan untuk mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam sesi praktikal.

Biro media PEMBINA RCMP percaya bahawa komunikasi dua hala antara pengajar dan peserta seperti ini adalah sangat penting dan perlu dititikberatkan dalam mana-mana program mendatang.

Bersama PEMBINA, kita meneraju arus!

 

Unit Wartawan  Biro Media

PEMBINA RCMP

Komentar Anda!

Leave A Response »

Downloaded from Free Premium Downloads