LOVE IN NOVEMBER

pembinarcmp November 24, 2013 0

IMG_20131117_084549

IPOH, 17 November-   ‘Love in November’ (LOVEMBER) yang bertaglinekan ‘Assalamualaikum Cinta’ telah berlangsung dengan jayanya di Bukit Keledang, Ipoh.  Bertemakan konsep Ukhuwah, Lovember mengupas konsep ukhwah ini melalui pendekatan yang berbeza iaitu menguji ketahanan para peserta sambil berukhuwah. Seramai 38 orang peserta telah berkumpul seawal pukul 8 pagi di Bukit Keledang, Ipoh.

Pengarah program dan juga aktivis Pembina RCMP, Ukhti Syazwin berhasrat agar melalui ekspedisi Lovember ini dapat mengeratkan silaturrahim antara para pelajar RCMP dan merapatkan jurang pemisah antara para junior dan senior RCMP . Oleh itu, para peserta dikehendaki mendaki bukit berpasang-pasangan  bersama ‘senior dan junior’.

Selain itu,  para peserta  dikehendaki untuk menghafal hadis ke 13 susunan Imam Nawawi. Nikmat persaudaraan itu adalah antara anugerah terindah oleh Ilahi. Oleh itu, melalui kupasan hadis ini mukmin diingatkan agar menjaga hubungan persaudaraan dengan sebaiknya kerana ia juga merupakan cabang kesempurnaan iman. Di puncak Bukit Keledang, peserta disajikan dengan pengisian yang mengupas beberapa potongan ayat suci Al-Quran yang bertemakan ukhuwah dan kehidupan oleh aktivis PEMBINA Ipoh, ukhti Aniqah. Ekspedisi Lovember ini dimeriahkan dengan anugerah-anugerah yang diberikan kepada beberapa pasangan peserta yang terpilih bagi menghargai penat lelah para peserta mendaki sehingga ke puncak Bukit Keledang.

Di harapkan agar  ukhuwah yang terjalin antara para peserta yang hadir  akan terus subur, dan semangat berjuang akan terus kekal bagi mengharungi cabaran dalam kehidupan.

Komentar Anda!

Leave A Response »

Downloaded from Free Premium Downloads