Nota untuk adik-adik bakal pelajar UniKL RCMP

pembinarcmp June 10, 2012 13

 

 

Alhamdulillah dan tahniah kepada adik-adik yang bakal menjadi pelajar baru UniKL RCMP sama ada dalam kursus perubatan , farmasi, kejururawatan , radiografi dan juga fisioterapi. Kami ahli PEMBINA RCMP berbesar hati untuk menyambut kedatangan adik –adik pelajar baru sekalian,kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan.

 

Untuk pengetahuan adik-adik sekalian , kami ingin memberikan sedikit catatan buat adik-adik  sebelum menjejakkan kaki semasa hari pendaftaran yang bakal tiba pada 1 Julai untuk pelajar MBBS dan 14 Julai untuk pelajar-pelajar diploma.

 

Tanamkan niat dan impian untuk kecemerlangan ummat

Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. …-HR: Bukhari dan Muslim ”

 

Sebelum melangkah ke alam universiti yang penuh mencabar ini, seharusnya adik-adik memperkemaskan semula niat masing-masing agar iainya kerana Allah supaya setiap usaha akan dikira ibadah disisi Allah. Insyallah dengan izin allah kecemerlangan adik-adik nanti adalah kecemerlangan untuk ummat juga.

 

Persediaan Minda (Mind Set)

 

Selain itu juga persediaan minda juga adalah perlu kerana belajar di alam universiti berbeza dengan cara belajar semasa di kolej matrikulasi dan sekolah menengah. Persediaan minda untuk menerima segala kekurangan dan perubahan persekitaran akan mempercepatkan lagi proses penerimaan adik-adik terhadap apa yang akan diperoleh di RCMP nanti. Gambarkan segala keperluan yang diperlukan untuk menjadi seorang doktor, juru X-ray, ahli farmasi , ahli fisioterapi dan jururawat. Bermulalah dari hari ini.

 

Bak kata Stephen Cobey,

 Begin with the End in Mind

 

Jika kita mahu menjadi seorang doctor kita juga harus berfikir sebagai seorang bakal doktor.

 

Rumah sewa dan keperluan harian

Rumah sewa merupakan satu-satunya pilihan kepada pelajar MBBS yang bakal belajar di UniKL RCMP. Bagi bakal pelajar yang belum mendapatkan rumah sewa, bolehlah melakukannya sebelum hari pendaftaran bermula. Kami di sini sedia membantu adik-adik sekalian untuk mencari rumah sewa yang sesuai dan berdekatan dengan kampus. (Sila rujuk contact person di pembinarcmp.net)

 

Tips mencari rumah sewa.

  1. Berdekatan dengan kampus : boleh berjalan kaki ke kampus
  2. Persekitaran rumah sewa selamat diduduki ( Selamat dari ancaman pecah rumah)
  3. Pastikan anda meninjau rumah sewa sebelum memasukinya pada hari pendaftran kerana ditakuti ada kerosakan alatan rumah sewa
  4. Menyediakan perabot siap
  5. Teliti sebarang kemungkinan sebelum menandatangani dokumen perjanjian sewa rumah atau bilik. Tanya kepada senior-senior berpengalaman sebelum membuat keputusan.
  6. Memilih ahli rumah yang boleh bekerjasama untuk hidup serumah

 

Hidup di rumah sewa mungkin sesuatu yang baru kepada adik-adik yang bakal datang ke sini kerana soal makanan dan keperluan rumah adalah urusan masing-masing. Oleh itu untuk memudahkan persiapan, adik-adik perlulah membuat senarai semak (check list) sebelum hari pendaftaran. Selain itu juga membuat ‘bajet’ harian semasa menunggu kelulusan biasiswa dan pinjaman dari mana-mana institusi supaya belanjawan terurus dan mengelakkan sikap boros. Untuk meningkatkan lagi kadar penjimatan, masak merupakan solusi yang popular=).

 

Hidup di rumah sewa sebenarnya berbeza dengan tinggal di asrama kerana tiada siapa yang memantau soal disiplin dan kekemasan rumah.Oleh itu adalah keperluan setiap ahli rumah bersedia mewujudkan sistem dalam rumah seperti jadual kemas rumah, basuh tandas, buang sampah dan sebagainya agar tidak berlaku salah faham diantara ahli rumah. Jika boleh solatlah secara berjemaah didalam rumah untuk mengeratkan lagi ukhwah dan persefahaman.

 

 

Senarai buku

Mungkin ada adik-adik yang tertanya buku apa yang hendak dibeli untuk memulakan sesi pelajaran. Nasihat kami disini adalah dapatkan nasihat lecturer dan senior-senior yang berpengalaman dan bertanggungjawab mengenai persoalan ini. Perkara ini penting kerana ia dapat mengelakkan adik-adik membeli buku yang agak sama isi kandungannya. Untuk pengetahuan adik-adik sekalian,’lecture note’ juga disediakan oleh kebanyakan pensyarah di sini. Namun ianya perlu ditambah lagi dengan bahan bacaan luar seperti buku teks dan juga internet.

 

Kelab dan persatuan

Selain daripada aktiviti akademik, RCMP juga diwarnai dengan aktiviti kelab dan persatuan. Dengan berpersatuan, adik-adik akan mendapat ‘nilai tambah’ sebagai seorang mahasiswa. Dalam kelab dan persatuan ,karakter-karekter yang unggul dapat digilap dan potensi baru dapat dicungkil. Kami , kelab PEMBINA RCMP juga menyediakan pelbagai program dan aktiviti menarik yang merangkumi aspek akademik , rohani,sahsiah, fizikal dan sosial. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut boleh layari website kami untuk mendapat ‘update’ terbaru aktiviti dari pembina rcmp. Ayuh jadi ahli pembina bersama kami =)

 

Penutup.

Nota-nota di atas hanyalah nasihat yang diharapkan dapat membantu adik-adik sekalian sebelum menjejakkan kaki di bumi RCMP. Jika masih ada lagi persoalan, jangan malu-malu dan segan untuk bertanya kepada kami PEMBINA RCMP. Insyallah kami akan salurkan maklumat yang tepat dan sahih. Sebelum berakhir, kami mengharapkan ianya memulakan perkenalan kami PEMBINA RCMP dengan adik-adik sekalian.Semoga berjumpa pada 1 Julai dan 14 Julai nanti. Ayuh ‘Mumtaz untuk ummah’!

 

Disediakan Oleh :

Muhamad Naqib Bin Shariff

Presiden PEMBINA RCMP

 

Komentar Anda!

13 Comments »

  1. farhana June 11, 2012 at 11:41 am - Reply

    pelajar diploma intake 14 july nnt stay rumah sewa or hostel??

  2. pembinarcmp June 11, 2012 at 7:01 pm - Reply

    ikut pengalaman lepas pelajar diploma akan tinggal di asrama yang ditetapkan oleh pihak pengurusan UniKL RCMP

  3. syaz June 12, 2012 at 5:15 pm - Reply

    1)utk diploma radiografi nnti di asrama lelaki satu bilik berapa orang?
    2)asrama yang disediakan dkt tak dgn pondok telefon,kedai mkn,masjid?
    3)ada wifi tak kat asrama & kolej unikl RCMP?

    • pembinarcmp June 14, 2012 at 8:20 pm - Reply

      Tentang asrama lelaki:
      Asrama lelaki di Keledang Emas. Pelajar diploma wajib menetap di asrama untuk semester 1. Satu bilik 4/2 org (bergantung kepada saiz bilik.) Pondok telefon tak ada. ada pn dlm jarak 3.5km. kedai makan dalam jarak 2km. Masjid dalam jarak 1.5km(15 minit berjalan kaki.) Tiada servis wifi di rumah.

      Tentang asrama perempuan:
      Asrama perempuan di Seri murni. Satu bilik 4/2 org. Pondok telefon ada di dalam asrama.Ada cafeteria tapi beroperasi pada hari bekerja, dari jam 6.00pagi hingga 10mlm.Kedai makan luar pn ada. betul2 di dpan asrama. Masjid 1.2km, 15 min masa brjalan kaki. Servis wifi tak ada.

      *Pelajar semester 1 tidak boleh membawa kenderaan sendiri ke asrama.
      *Mesin basuh percuma digunakan untuk asrama lelaki tetapi bilangannya terhad. Asrama perempuan pula ada beberapa mesin basuh tetapi perlu membayar dengan syiling.

      Jzzk atas pertanyaan.

  4. syaz June 12, 2012 at 10:08 pm - Reply

    1) utk diploma radiografi asrama yg disediakan satu bilik brape org?
    2) kat asrama & kolej rcmp ada line wifi tak?
    3) asrama dkt tak dgn masjid and kedai mkn?

    • pembinarcmp June 14, 2012 at 8:19 pm - Reply

      Tentang asrama lelaki:
      Asrama lelaki di Keledang Emas. Pelajar diploma wajib menetap di asrama untuk semester 1. Satu bilik 4/2 org (bergantung kepada saiz bilik.) Pondok telefon tak ada. ada pn dlm jarak 3.5km. kedai makan dalam jarak 2km. Masjid dalam jarak 1.5km(15 minit berjalan kaki.) Tiada servis wifi di rumah.

      Tentang asrama perempuan:
      Asrama perempuan di Seri murni. Satu bilik 4/2 org. Pondok telefon ada di dalam asrama.Ada cafeteria tapi beroperasi pada hari bekerja, dari jam 6.00pagi hingga 10mlm.Kedai makan luar pn ada. betul2 di dpan asrama. Masjid 1.2km, 15 min masa brjalan kaki. Servis wifi tak ada.

      *Pelajar semester 1 tidak boleh membawa kenderaan sendiri ke asrama.
      *Mesin basuh percuma digunakan untuk asrama lelaki tetapi bilangannya terhad. Asrama perempuan pula ada beberapa mesin basuh tetapi perlu membayar dengan syiling.

      Jzzk atas pertanyaan.

  5. ain July 8, 2012 at 11:05 am - Reply

    asrama perempuan di seri murni?seri murni 2 kt mane?dkat tak dgn tmpt bljar?

    • pembinarcmp July 11, 2012 at 7:07 am - Reply

      Asrama seri murni terletak berhampiran silibin.. Bas disediakan sekali untuk pergi dan sekali untuk balik.. Agak jauh juga dari tempat belajar..

  6. ann July 10, 2012 at 12:56 am - Reply

    salam..nk tnye…student nurse pakai uniform ape ke kelas???sye bakal register 14 jul ni…=)

    • pembinarcmp July 11, 2012 at 7:08 am - Reply

      Student nurse akan pakai baju nursing.. Tapi sebelum dapat baju tu, pihak uni akan beritahu tentang pemakaian yang mesti digunakan.. (p/s: registration 14 ni pakai baju smart pun dah ok..;) )

  7. FIZAH December 19, 2012 at 8:38 am - Reply

    UNTUK PNGAMBILAN NURSE MTE PLJARAN APA YG UNIKL NAK??? BPE GRED???

  8. faa May 13, 2013 at 5:55 pm - Reply

    salam..nk tny..kalau nrsg..bwh ap? means pt or mara..? n berape je kos utk nrsg..bg yurn keselrhn 3 thn? sewa rumah dekat sana pula macam mane je? mahal x? stndrd rmh sewa brpe? and lepas hbs bljr..biasanya d’twrkn ke hosptl mne shje? maaf la byk tny..

  9. shaz May 21, 2013 at 1:59 pm - Reply

    berapa ramai pelajar radigraphy ?

Leave A Response »

Downloaded from Free Premium Downloads